Wednesday 10 October 2012

Shoulder Dislocate

Isnin. 11.15 malam. Sport 7, Sri Rampai.

Nak dipendekkan cerita. Aku main futsal. Aku tersepak jaring. Jatuh. Tangan kanan aku terpaut kat jaring.
Sakit. Sakit teruk. Aku pegang tangan kanan ku. Keluar dari gelanggang futsal. Rehat sambil ambil angin. Tenangkan diri. Aku cuba bukak baju. Berlengging di tepi gelanggang. Member-member aku yang duduk di belakang ku mula perasan. Ada yang tidak kena dengan bahu kanan ku. Mereka tengok dari depan. Ya. Bahu aku senget. Bahu kanan aku jatuh. Aku yang pada mulanya rasa sakit, kini rasa cemas. Ah sudah! Bukan ini yang aku mahukan!

Izham iring aku ke keretanya. Nak pergi merawat sakit aku ni. Yang lain sambung bermain futsal. Menghabiskan masa sejam lebih. Mereka tak ada mood nak main. Dua opsyen yang harus ku pilih. Urut atau pergi ke hospital.  Member aku suggest aku pergi berurut. Masalahnya aku tak ada no telefon tukang urut kat Kampung Baru tu. Last-last, Izham bawa aku ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Dalam perjalanan, jalan berlubang-lubang dan banyak bonggol.  Kereta Izham bergoyang-goyang membuat aku rasa sakit teruk. Izham pandu dengan penuh berhati-hati.




Sampai di HKL, aku dan Izham menghala ke Wad Kecemasan & Trauma.  Setibanya di kaunter, Izham menceritakan apa yang berlaku pada aku kat petugas di situ.  Aku terus dibawa masuk ke Wad Separa Kritikal.  Mereka arah aku baring atas katil dan tunggu untuk rawatan lanjut.  Izham tunggu di luar. Menanti teman-teman yang lain.  Aku simpati dengan Izham.  Kalau boleh aku tak nak susahkan kawan-kawan.   Terima kasih kerana bawa aku ke sini.

Sedang aku baring di atas katil.  Aku ditanyakan beberapa soalan oleh para doktor.  Beliau suruh aku ceritakan apa yang terjadi.  Aku ceritakan pada beliau. Satu-persatu.  Doktor mengatakan aku mengalami Sport Injury.  Kemungkinan besar bahu aku tidak berada di tempat yang sepatutnya.  Walaubagaimanapun, aku perlu buat X-ray dan mereka akan check darah, tekanan darah dan degupan jantung. Entahlah. Banyak lagi yang diorang buat. Nak bagitau semuanya. Aku bukan reti sangat.

Aku tak selesa. Sakit. Perit. Rimas. Itu yang aku rasa.  Aku termenung seketika.  Minggu ni ada test. Ada assignment tak buat lagi.  Banyak aktiviti aku tak boleh buat lepas ni.  Futsal. Workout. Pushup. Jogging.  Dan segala aktiviti lasak.  Aku pejamkan mata seketika.  Pasrah.  Keadaan di wad ini sangat memberi stress kepada ku.  Selang tiga katil di sebelah kanan ku ada orang gila.  Entah apa yang dibuat sampai kena gari dan ramai polis dan polis bantuan HKL berkerumun di situ.  Pesakit depan katil aku, berbangsa India.  Menjerit-jerit. Sakit! Sakit!  Katil sebelah kanan ku, bangsa Cina. Boleh pulak kentut sambil tidur. Hampeh!  Aku tak selesa. Kejap baring, kejap duduk atas katil tu.  Keduanya buat aku tak selesa. Bahu aku terlalu sakit.

Tak lama lepas tu. Dua orang misi menyorong katil aku ke bilik X-ray.  Aku baring sambil menunggu giliran untuk 'photoshooting'. Tengah sakit pon sempat perasan. Pui! Tiba-tiba beberapa orang sedang menyorong troli jenazah. Berselisih dengan katil aku.  Adoi. Aku dah mula cuak.

Lepas X-ray, aku kembali ke wad separa kritikal tadi.  Budak-budak futsal datang melawat. Ramai. Mereka dah habis main futsal la ni.  Izham, Krol, Zedi, Adib, Solihin, Bad, Anep, Megat dan ramai lagi berdiri di tepi katil. Masing-masing bertanyakan keadaan aku waktu tu.  Diorang cakap, ramai lagi budak-budak tengah tunggu aku di luar.  Aku terharu.  Adoyai. Nak menitis air mata tapi aku tahan.  Tak macho la nangis. Pui!  Selang dua minit, doktor mengarahkan mereka keluar.  Hanya dua orang saja pelawat yang boleh melawat dalam satu masa.  Aku suruh diorang balik. "Tak payah tunggu aku. Segalanya akan okay." Itu yang aku katakan kepada mereka. Ucapan terima kasih kepada mereka yang datang melawat dan sanggup tunggu aku dari luar.  Budak-budak rumah aku pula datang melawat.  Azim dan Bob.  Diorang yang tolong jagakan segala barang keperluan aku yang aku bawa waktu main futsal tadi.

  
Dalam gambar ni. Korang tengok aku macam tak sedar diri.  Sebenarnya aku saja posing camni.  Bob cakap nak upload gambar dalam FB, jadi aku bagi pose maut untuk mereka yang melihatnya.  Bosan dalam wad.  Jadi aku buat gila sikit.

Lepas sembang-sembang dengan Azim dan Bob, mereka diarah keluar oleh doktor.  Doktor nak rawat aku. Nak tarik tangan aku. Aku dah mula cuak.  Mesti sakit teruk.  Aku tanya pada doktor, aku sakit apa?  Shoulder Dislocate kat bahu kanan aku. Bahu aku perlu rawatan segera. Makin lama, makin sakit.  Para misi menarik curtain di ruang katil aku agar segala rawatan yang bakal aku hadapi tidak dilihat oleh pesakit dan pelawat di wad tu.

Pada mulanya, aku tidak diberi bius. Tidak diberi ubat tidur.  Doktor mulakan rawatan.  Baru sekali tarik, aku dah jerit sekuat hati.  Tangan aku cuba melawan.  Padahal aku tak nak camtu. Aku nak cepat pulih.  Langkah yang terbaik, doktor akan beri aku ubat tidur. Aku akan tidur selama 10-15 minit.  Dalam masa tu, doktor akan tarik tangan aku. Dengan harapan tak ada komplikasi yang berlaku pada diriku.  Lepas aku diberi ubat tidur.  Oksigen disangkutkan di mulut dan hidung ku.  Aku bernafas. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Dah macam orang nak kena bedah.  Aku terdengar ada orang nak ambil alih tugas doktor tadi.  Doktor pelatih mungkin.  Dalam hati aku berkata.  Kalau tak elok bahu aku ni, aku pijak muka ko. Pandai-pandai nak ambil alih.  Aku tengah 'high'. Blur. Ngantok. Tertidur.  Zzzz.....

Aku tersedar.  Rasa selesa.  Tapi pelik.  Tangan aku siap beranduh.  Bila masa diorang tarik tangan aku.  Memang aku tak sedar langsung.  Doktor tak bagi aku tidur dah lepas tu.  Padahal aku ngantok lagi waktu tu.  Berapa kali aku pejamkan mata, doktor kejut. Adei.  Aku kena buat X-ray lagi sekali. Tak lama lepas tu.  Doktor cakap aku dah sihat. Dah boleh balik.

Aku dapat MC dan perlu buat appointment dengan Jabatan Ortopedik untuk jalani rawatan fisioterapi.  Aku dah boleh keluar wad.  Budak-budak rumah aku yang lain menunggu di luar.  Lagi sekali aku terharu. Terima kasih kawan-kawan.  Aku pergi ambil ubat. Ubat tahan sakit & paracetamol.  Tu je.  Lapar.  Aku ajak budak-budak ni makan kat Suraya.  Nak makan Nasi Khomok dengan Ayam berempah. Aum!

Kini bahu kanan masih ada rasa sakit.  Tapi gagahkan juga taip blog pakai dua-dua tangan.

p/s: Nak main futsal. Sepak bola. Jangan sepak jaring.

1 comment:

  1. Hi, Lama tak nak recover balik dari shoulder dislocation ni?

    ReplyDelete