Thursday 25 October 2012

Fisioterapi Mr Ong Tongkang Yard

Lepas Maghrib tadi aku dengan abah pergi Tongkang Yard. Pergi jumpa Physiotherapist Cina, Mr Ong kat Taman Bunga Raya. Mama dengan abah pernah pergi sebelum ni. Alhamdulillah mama dah makin sembuh. Sekarang aku pulak nak buat rawatan susulan pasal shoulder aku yang dislocate dua minggu lepas.

Mr Ong mula jalankan bisnes fisio dia pukul 8.30 malam - 11 malam. Tak lama. Tapi kalau nak pergi sana, kena gerak awal. Ramai yang nak berubat dengan dia. Kalau datang pukul 8.30, alamatnya pukul 11 pon belum tentu dapat dirawat. Silap-silap kena datang esoknya pulak. Aku sampai kat tempat tu pukul 8 pon dah ramai orang tengah kumpul.

Menarik pasal Pusat Rawatan Fisio Mr Ong ni. Ia hanya dibuka pada pukul 8.30 malam sampai 11 malam. Kalau tergeliat, sakit ligamen atau sakit yang berkaitan dengan orto, boleh la jumpa Mr Ong. Bayaran hanya Rm20. Mr Ong tak terima bayaran lebih dari itu. Sakit teruk macam mana pon, bayaran tetap RM20. Rawatan fisio ni hanya kerja sambilan Mr Ong. Dia ada bukak kedai kasut kalau tak silap aku. Siang jaga kedai kasut, malam rawat orang. 

Aku ambil kerusi, duduk sebelah Uncle Cina ni. Uncle Bek. Baik orangnya. Dia cakap turn aku lambat lagi. Maybe kena tunggu sampai pukul 10 lebih. Takpelah. Aku tunggu. Sambil-sambil tunggu tu. Aku dengan abah aku sembang-sembang dengan Uncle Bek ni. Uncle Bek ni duduk area Jeniang. Umur 71 tahun. Uncle Bek selalu datang buat rawatan fisio bahagian pinggang kat sini.

Selama Uncle Bek merawat kat sini, Uncle Bek pernah kenal orang perempuan Melayu dari Kangar. Perempuan ni baru lepas eksiden. Tak boleh jalan. Nak rawat kat hospital tapi perlu kos RM20,000 untuk dia boleh jalan semula. Perempuan ni pergi jumpa Mr Ong. Datang dengan berkerusi roda. Alhamdulillah dah boleh jalan lepas jalani fisio dengan Mr Ong ni.

Sebelum merawat pesakit. Aku lihat Uncle Bek sempat minum secawan teh bersama Mr Ong. Mungkin mereka berkawan baik. Uncle Bek ni orang pertama yang sampai kat situ. Jadi Uncle Bek yang masuk dulu. Aku yang memang tahu giliran aku lambat lagi, aku duduk lepak sambil tengok persakit yang datang. Ada yang patah tangan, ada yang bertongkat. Pembantu Mr Ong keluar dari bilik rawatan. Dia tanya ada sesiapa yang sakit pinggang? Tak ada. Pembantu Mr Ong diri depan aku. Tanya bahagian mana aku sakit. Aku cakap shoulder dislocate. Tiba-tiba pembantu tu panggil aku masuk bilik rawatan. Aku tergamam. Padahal giliran aku lambat lagi. Dah dia panggil, aku masuk je la. Takkan nak tercegat lagi kat ruang menunggu.

Aku & abah masuk bilik rawatan. Kelihatan Mr Ong sedang merawat Uncle Bek. Sekejap saja. Settle dengan Uncle Bek, Mr Ong tanya aku sakit apa. Aku dan abah cerita satu persatu. Dia suruh aku duduk kat katil. Dia pegang bahu aku. Dia suruh aku angkat tangan kanan. Perlahan-lahan aku angkat. Sakit. Mr Ong cuba pulas tangan kanan aku. Sakit. Dalam masa yang tak sampai seminit, Mr Ong pulas tangan kanan aku dan betulkan joint di siku kanan. KETAK!!!! Bunyi tulang. Rasa sakit tadi hilang. Bertukar jadi selesa. Mr Ong suruh aku angkat tangan. Banyak kali. Tak sakit. Aku lega. Mr Ong cakap sakit di bahu tu sebab ligamen dan tisu yang masih belum sembuh. Tapi point dia kat siku. Siku aku buat rasa susah nak angkat tangan mahupun bergerak lasak. Mr Ong pesan suruh angkat dumbbell 1kg pelan-pelan. Buat banyak kali. Lepas buat pembayaran. Mr Ong bagi pain killer dan ubat sapu sebelum aku balik.

Aku keluar dari bilik rawatan. Banyak bunyi dari pesakit yang lain. Mungkin ada yang marah sebab aku potong que. Mungkin ada yang ingat aku hanya datang ambil ubat. Persetankan dengan segala spekulasi mereka. Aku dan abah keluar. Uncle Bek baru nak balik. Bersalaman dengannya sebelum kami balik.

Ini cuma ikhtiar aku untuk sembuhkan sakit aku ni. Yang lain aku berserah padaNya. Mendoakan semoga aku cepat sembuh dan dapat lakukan aktiviti harian aku macam biasa. Seriously, aku rindu futsal. Aku rindu workout.

Siapa yang nak datang ke pusat fisio ni. Sekali lagi aku suggest. Datang awal. Aku bagi alamat dan no phone, jadikan guide korang ke sana.

Alamat: 2041 Taman Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar. Check google map.



pssstt... Dalam perjalanan balik, bukan keadaan tangan yang jadi perbualan utama antara aku dan abah. Pelik. Macam mana aku dapat masuk awal daripada yang lain. Mungkin Uncle Bek yang suruh panggil. Terima kasih Uncle Bek.

24 comments:

  1. Berubat lagi ke tabib ni?

    ReplyDelete
  2. Bro.takpayah buang masa p. Mengarut. Scam saja. Aku dah try. Tak logik dia bagi sebab. Cara dia pun sangsi. Kalau hgpa dah takdak kerja dan sangup kena chong hgpa p try. Totally 200% scam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xok ke kat tabib cina tu?kawan sy nk berubat ank dia sakit tulang belakang....kat mana lg ye tempat y betul2 ok?

      Delete
    2. berdasarkan pengalaman saya 2x p berubat utk btulkan masalah tlg belakang saya..alhamdulillah saya lega..saya nasihat cik cuba dlu..xsalah mencuba..kita ambil inisiatif utk iktiar. Family saya termasuk datuk saya pun kami iktiar jumpa tabib ni..alhamdulillah so far mmg nmpk perubahan.

      Delete
    3. Memang ok rawatan dia....tk payah ckp buang masa ke apa... Usah dgr org berckp yg tak elok....dtglh sendiri jika nak bebas dari sakit...saya pernah cedera sakit tulang belakang...lps berubat....Smpai skrg saya pulih....dgn mana2 bangsa pun kita boleh berubat asalkan tidak merosakkan akidah.....

      Delete
    4. Kalau scam pun tak pa. Yg penting murah dan penyakit sembuh. Kalau tak scam pun tapi menipu dan penyakit tak sembuh buat apa?

      Delete
  3. Yang kata mengarut tu mgkn sakit dia xbaik. Tp xleh nk nafi ramai yg da sembuh lebih dapat rawatan ngan tabib ni. Tak salah kalau kita ikhtiar, sembuh tak sembuh tu beserah pada Allah.

    ReplyDelete
  4. Nak kena amik nombor dulu ke cemana?ke,nak kena buking dulu?mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  5. Mak says umur 83 tahun... Masalah tercabut tulang paha n tulang berserpih dlm daging... P hosp doktor kata kena boh besi n x leh jalan lagi... Tp kami brubat dgn mr chong.... Alhamdulillah... Selepas 3 bulan dah betjalan mak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh tau berapa kali buat rawatan dengan tabib ni?

      Delete
  6. Nk tny..anak saya tulang belakang bengkok ckit...blh x berubat dkt mr cong...

    ReplyDelete
  7. Jika kepala lutut dah longgar akibat kuat kerja berdiri adakah uncle tu boleh buat yea...tp dah bengkak boleh ker buat...

    ReplyDelete
  8. Sya pernah pergi ok ja, Uncle nie buat.

    ReplyDelete
  9. Ya pengalamsn emak saya umur 70 masa tu tidak boleh berjln, 6 bulan dgn mr ong, setel..skrg emak saya 86 tahun, kakak ipar tgn kanan xboleh angkat maximum, sekali kena sentap dgn mr ong, setel sampai skrg, kakak ipar sorang lg xboleh mendongak, di karate nyer tulang leher kat blkg dgn lemah lembut, setel sampai skrg, ko nk kata scammer? Aku ada byk story lg dgn kwn² lain yg aku rekemen dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya kalau pergi kena ambik appointment ka mcm mana?

      Delete
    2. Nak tanya kalau pergi kena ambik appointment ka mcm mana?

      Delete
  10. Aku dok Aloq Staq memang kerap la pi Uncle ni..berdiri lama sakit pinggang la..jatuh motor soket lutut lari la...sakit belikat yg teramat sangat la..mcm2 la sakit org bdn gemok ni..hahahaha. .Alhamdulillah baik ..ramai juga kawan2 aku yg aku suggest pi Alhamdulillah baik....dulu 20 ja sekali rawatan..sekarang 30..x tau la kot pasai PKP xdak org...sekarang SOP PKP ambik nombor dulu..8.30 malam sampai 12.00 malam..
    Ada 1 kisah depan mata aku satu keluarga dari KL..habih ikhtiar dah..MRI doc kata saraf putus tangan Mak depa...x boleh gerak n x da function...merata depa pi...depa kata kat uncle kami pi merata dah..doc kata saraf putus...Uncle buat rawatan dia mcm biasa..Alhamdulillah tangan mak depa boleh angkat n dari jalan bongkok boleh jalan tegak x payah tongkat...menangis la anak beranak dia pasai mak depa sihat kembali...depa nak bayaq lebih uncle still amik 20 ja...Kuasa Allah yang menyembuhkan..uncle tu perantara ja usaha untuk menyembuhkan...x salah kita cuba berikhtiar..

    ReplyDelete
  11. RetK pelipat betis Dan rtk lutut boleh berubat x. Dan lutut buh skru

    ReplyDelete