Monday 22 October 2012

Berita di Melaka

Melaka - Beberapa orang remaja dari Kuala Lumpur telah menuju ke Masjid Tanah dengan tujuan untuk pergi ke kenduri kahwin member mereka iaitu Amirah Atiqah.  Mereka menerima layanan yang baik daripada pihak tuan rumah dan dapat menikmati hidangan yang sedap sambil berdondang sayang. Namun begitu, beberapa kejadian yang tidak dirancang berlaku selepas menghadiri kenduri tersebut.  Antaranya ialah kejadian minum coconut shake di Klebang, lepak di Pantai Klebang, buang air di Dataran Pahlawan, bergambar di A'Famosa dan sesi menikmati asam pedas claypot di Kota Laksmana.  Kejadian ini telah menyebabkan beberapa gelas coconut shake dihabiskan dan beberapa ekor ikan menjadi hidangan buat mereka.  Menurut mangsa kejadian iaitu Zaidi Zainon, 23, kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba memandangkan mereka sudah berada di Bandar Melaka.  Kejadian tersebut berpunca daripada kepala otak budak-budak ni yang memang nak berjalan di Bandar Melaka. Walaubagaimanapun, keadaan trafik di Melaka yang terlalu banyak lampu isyarat telah melambatkan masa perjalanan mereka. Kami dari pihak akhbar telah menerima beberapa keping gambar bagi menunjukkan bukti kelakuan mereka ini. 




Salah seorang mangsa keadaan, Al-ahnaf telah mencadangkan satu tempat best di Klebang. Katanya coconut shake di sana sangat sedap. Dan ini juga menjadi punca mengapa budak-budak ni menuju ke Klebang. Ternyata coconut shake Klebang sangat sedap dan menyelerakan. Harga satu gelas coconut shake special hanya RM 2.20. 




Ramai peminat coconut shake dari segenap pelusuk menuju ke situ pada hari itu. Bekas ais krim ini menjadi bukti. Walaubagaimanapun, menurut saksi yang bekerja di gerai ini. Mengatakan bahawa bekas ais krim yang telah digunakan ini masih dikira sikit. Mereka pernah buat lebih banyak daripada ini.



  

Semua mangsa sempat singgah di Pantai Klebang untuk menikmati pemandangan dan udara nyaman di tepi pantai. Tiga orang mangsa sempat lepak sambil minum coconut shake yang mereka bungkus kerana tidak puas minum di sana.
















Setelah puas berjalan, mangsa-mangsa keadaan telah mengalami kelaparan yang sangat dahsyat. Namun masalah itu selesai setelah menjamu selera di Asam Pedas Claypot Kota Laksmana. Asam pedas yang boleh dikatakan sedap dan itu telah dipersetujui oleh semua mangsa.

Mangsa-mangsa telah berpecah selepas sudah menikmati hidangan. Namun beberapa orang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Izwan, Zulfikar, Naqiuddin, Aidin dan Ijat sempat singgah di Dataran Majlis Bandaraya Melaka untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dan Kelantan.



Selepas seharian di Melaka, semua mangsa pulang ke tempat masing-masing dengan selamat. Banyak lagi tempat yang mereka belum singgah. Mungkin akan ada laga trip ke Melaka. Mungkin ramai lagi mangsa yang akan ikut.

Credits: Mangsa-mangsa, Saksi dan Pemilik Gambar 

No comments:

Post a Comment