Wednesday 12 September 2012

Member.. Nampak tak permainan dia?

"Minggu paling busy pernah dirakamkan dalam sejarah peradaban manusia."
 Aku pinjam kata-kata dari member aku.. Azim.. Yang duduk di sebelah aku.. Sedang study..

Ya.. Memang minggu ini adalah minggu yang busy buat aku, azim dan sebilangan rakan-rakan ku yang lain..
Banyak benda yang perlu disiapkan minggu ni.. Macam-macam yang perlu difikirkan.. Sampai member aku sorang lagi, Adib perasan yang muka aku sangat kusut..

"Senangnya nak baca emosi kau tat...."
Aku ingat lagi kata-kata si member aku sorang ni.. Emosi aku ni terlalu mudah untuk dibaca.. Betolkah?
Atau aku sahaja yang tak perasan.. Sedangkan member-member aku yang lain semuanya masak belaka dengan perangai aku ni.. Mungkin aku terlalu emosi memikirkan kerja-kerja dan jadual harian yang semakin padat.. Aduh... Mengalahkan aktor.. Tahi!!!

Saat aku begitu kusut dan bertambah kusut, maka sesetengah member aku semua memberi nasihat dan cadangan bagaimana nak tempuhi segala cabaran hidup ni.. 

Nah.... Waktu inilah kita dapat tahu siapa kawan kita bila kita dalam kesusahan.. Ketawa bersama.. Sedih pon bersama.. Nampak tak permainan dia?

Aku bersyukur kerana punyai ramai member-member yang faham perasaan aku.. Walaupun aku tak luahkan pada mereka sepenuhnya.. Terima kasih...

Sekarang aku perlu kuatkan semangat.. Walaupun sumber inspirasi hidup seakan hilang.. Namun aku bersyukur aku punyai member, kawan, sahabat yang memahami..

Satu-persatu kerja perlu aku siapkan.. Dah settle semua, kita bergembira sama-sama ya kawan-kawan...




1 comment: