Wednesday 19 September 2012

Brader Celcom 5

Aku sedang bertugas di kaunter pembayaran. Waktu tu pukul 1.30 pagi. Customer pun tak berapa ramai yang datang nak beli barang.  Ada seorang lelaki masuk ke kedai, tempat aku kerja. Dia sedang bercakap melalui phone.  Melihat susuk tubuh dan wajahnya, aku rasa umur dia lebih kurang aku je..  Aku buat tak endah sebab sedang melayan sorang customer yang nak beli Marlboro kotak merah.

Tiba giliran lelaki ini yang tangannya masih memegang handphone dan diletakkan ke telinga kanannya.  Dia nak beli topup. Celcom RM5. Aku pun tekan punat mesin topup tu satu persatu.

"Abang tengah beli topup la.."
"Iya betol.. Abang kat 7Eleven ni.. Tengah beli topup.."

Aku mula pasang telinga. Bercakap dengan awek dia la tu. Lepas buat pembayaran, lelaki itu masih belum mahu keluar kedai.  Masih bercakap dengan aweknya di satu sudut kedai sambil mata memandang ke arah luar kedai.  Aku yang tak ada pape nak buat waktu tu, terus pasang telinga sambil buat 'manual purchase'. Memang aku suka dengar atau tengok segala gelagat customer-customer yang singgah ke kedai aku.  Aku jadikan hiburan di waktu kerja..Dia pulak cakap bukan main kuat. Mungkin sengaja nak cakap kuat-kuat, nak menunjuk yang dia ada awek.. Puii!!!

"La... Betol la abang kat 7E ni.. Baru je lepas beli topup..."
"Betol la.. Tak caya ke? Ni japgi abang nak balik.. Dah nak masuk kereta ni.."
"Iye... Japgi abang terus balik rumah la..."

Mak aih.. Jeles betol awek tu kat balak dia ni sampai nak kena tanya banyak kali. Dah memang lelaki ni ada kat 7E. Yang si lelaki ni pun satu. Tadi cakap nak balik. Balik je la. Yang masih tercegat kat sini kenapa? Kenapa tak bual & argue dalam kereta je? Bagus betol tak nak cakap phone sambil driving.

Sebaik saja lelaki tu tamatkan perbualan, dia terus meluru keluar dan menuju ke keretanya. Pergh.. Kereta Honda Jazz pulak. Aku hanya melihat dari dalam kedai. Dia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari kedai ini sambil bermanja dengan seorang wanita di sebelahnya.

"Ooooo patut la....." respon aku.

No comments:

Post a Comment