Monday 10 September 2012

KEPUTUSAN

Keputusan...
Suatu hasil yang harus diputus oleh sesetengah pihak..
Oleh sesetengah orang..

Keputusan itu kadangkala ditunggu dalam jangka masa yang lama..
Adakalanya hanya seketika..

Ada keputusan yang adil dan ada juga yang hanya memberi untung kepada
sebelah pihak sahaja..

Keputusan kadang-kadang memberi kebahagiaan, kegembiraan dan
kepuasan kepada semua orang..
Namun ada juga yang memberi keburukan, kesedihan dan keperitan..

Kerana disebabkan keputusan..
Ada yang bersorak riang, berparti siang malam,  membuat kenduri kesyukuran
atau paling tidak, hanya tersenyum keseorangan..
Namun ada juga yang menangis, memberontak, berperang sesama insan dan
ada juga yang sanggup bunuh diri..

Ada yang suka akan keputusan yang diperolehi dan ada yang membenci..

Walau apa pun yang terjadi.. Walau baik buruknya keputusan itu..
Harus diingat.. Terimalah dengan hati yang terbuka.. Tuhan sentiasa bersama kita..
Jangan pernah melupakanNya..

No comments:

Post a Comment