Cerita ini berlaku di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah. Ia berlaku pada malam Jumaat beberapa tahun yang lepas. Zaim, Faizal dan Amin berjalan pulang dari masjid ke blok hostel setelah selesai solat Maghrib. Dengan selamba mereka meninggalkan masjid untuk buri di dorm mereka. Kalau nak diikutkan, semua pelajar tak boleh balik ke hostel kerana ada bacaan surah yassin yang diamalkan setiap minggu. Tapi budak tiga orang ni buat tak endah. Asalkan diorang dah solat Maghrib. Hampeh!
Buri. Adalah satu istilah budak-budak sekolah tu yang bermaksud hisap rokok. Hanya students je yang tahu. Kalau ada yang ajak buri, maknanya ajak hisap rokok la tu. Entah dari mana datangnya istilah tu.
Nak dijadikan cerita, budak tiga orang ni buri di satu sudut di hujung dorm. Memang di situ port budak-budak selalu buri. Dorm dibiar gelap. Takut kantoi dengan warden. Kebetulan pula Cikgu Maarof yang incharge malam ni.
Cikgu Maarof adalah Penolong Kanan HEM merangkap sebagai Ketua Warden di sekolah itu. Dia lah cikgu yang paling garang nak mampos. Cikgu Maarof dan rotan memang tak dapat dipisahkan. Sentiasa ada rotan di tangannya ketika membuat rondaan di sekitar hostel mahupun kelas. Rotan budak memang dah jadi hobi dia. Tak kira laki atau perempuan, siapa salah maka kenalah rotan. Sebab tu budak-budak sekolah tu memang takut teruk kat Cikgu Maarof ni. Tapi si Zaim, Faizal dan Amin dah tak kisah kena rotan. Memang dah selalu kena. Ha. Ni makan dia.
Oleh kerana Kedah cuti hari Jumaat dan mereka boleh keluar outing, masing-masing berbincang nak pergi mana. Sambil bincang, sambil keluar asap rokok dari mulut masing-masing. Puh! Puh!
Sedang mereka sedang leka berbincang, Zaim terdengar sesuatu. Seperti bunyi seretan selipar di koridor dorm. Zaim cepat-cepat padamkan rokok dan beritahu Faizal dan Amin. Tapi Faizal dan Azim berdegil, buat bodoh je.
Tiba-tiba lampu dorm dihidupkan. Kelihatan Cikgu Maarof dengan muka bengis memandang ke arah mereka bertiga. Tetapi Cikgu Maarof tidak nampak apa yang mereka lakukan kerana dilindungi locker.
"Cikgu Maarof la gila.. Cepat matikan rokok." kata Faizal. Mereka cepat-cepat buang rokok ke luar tingkap kecuali Zaim yang terlebih dahulu alert dengan bunyi seretan selipar tadi.
"Woi! Hampa bertiga mai sini!!!" jerit Cikgu Maarof. Memanggil budak tiga orang tu ke pintu masuk dorm.
"Hampa buat apa kat belakang?! Hampa hisap rokok noh!! Hampa nak kena tibai dengan aku??!" tegas Cikgu Maarof. Zaim, Faizal dan Amin yang kini berada di depan cikgu.
"Baik hampa mengaku, hampa buat apa kat belakang tadi!? Hampa tok usah nak muhong aku! Aku taw apa hampa dok buat kat belakang tadi!!!" tegas Cikgu Maarof dengan loghat utaranya.
"Mana ada cikgu.. Kami dok sembang kat belakang tadi.. Mana ada kami hisap rokok.." Zaim mula bersuara. Si Faizal dan Amin hanya memandang Zaim. Zaim buat muka tak bersalah.
"Ha'a cikgu. Kami tak hisap rokok.." Amin pula bersuara.
"Hampa jangan dok tipu! Mai sini tangan!" herdik Cikgu Maarof sambil menghidu tangan Amin, diikuti dengan Faizal.
"Hampa tipu aku noh! Bau rokok ni! Kuang ajaq!" tengking Cikgu ke arah mereka.
Tiba giliran Zaim. Cikgu hidu tangan Zaim. Pelik. Tak bau rokok. Bau tangan Zaim seperti bau kari.
"Tangan hang pulak bau kari. Betoi ka hang tak hisap rokok tadi?! Hang jangan nak muhong aku!" tanya cikgu penuh marah.
"Betul cikgu. Saya tak hisap rokok tadi." tegas Zaim
Akhirnya. Faizal dan Amin dirotan sebanyak 3 kali di telapak kaki. 1 kanan. 2 kali belah kiri. Kerana kesalahan balik hostel tanpa izin dan hisap rokok. Zaim pula hanya kena rotan 1 kali sahaja kerana balik hostel tanpa izin. Setelah puas merotan, Cikgu Maarof mengarah budak-budak tu ke masjid. Suruh baca yassin dan solat Isyak sekali.
"Minta maaf cikgu.." kata budak tiga orang tu serentak lalu bergerak ke masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, Faizal dan Amin berasa pelik dengan apa yang berlaku pada Zaim tadi. Rasa cemburu pon ada sebab diorang kena rotan lebih.
"Ape pasal ko tak kantoi buri tadi? Kenapa tangan ko boleh bau kari pulak? Tadi kat dewan makan, kita makan ayam masak kicap. Celah mana pulak ko dapat kari?" tanya Amin beriya-iya.
"Korang nak taw kenapa tangan aku bau kari. Bila aku dengar bunyi selipar seret tadi, aku terus buang rokok. Kan lepas tu aku dah gtau korang yang ada orang nak datang kat kita. Korang degil. Lepas aku buang rokok tu, aku kumuh air oren kat locker aku pastu aku korek bontot aku puas-puas biar hilang bau rokok. Kan tadi gelap. Mana korang nak nampak. Haha.." jelas Zaim.
"Pengotor la sial ko ni. Eeeyerkk! Bengong!" kata Amin.
"Tapi bagus gak ko buat camtu. Cikgu Maarof dah terkono. Seronok dia hidu bau kat tangan ko tadi. Bau bontot ko. Hahahaha...." kata Faizal diiringi oleh gelak ketawa mereka bertiga.
No comments:
Post a Comment