Wednesday, 31 October 2012

Makan-makan Di Alor Setar

Alhamdulillah. Selamat sampai KL dua hari lepas. Di Kedah, banyak tempat makan yang dah aku berjaya pergi. Tapi tak semua tempat dapat pergi sebab ada yang tutup sebab cuti Raya Aidiladha. Secara ringkas. Ni je tempat makan yang aku boleh recommend kalau korang berada di Alor Setar. Tapi yang dah memang dok Alor Setar, sila abaikan post ni sebab memang korang selalu pergi pon kan. Heeee....

Restoran Nasi Kandar Ramli, Simpang Empat.

Restoran Nasi Kandar yang diusahakan oleh usahawan Melayu, Tuan Haji Ramli ini terletak di Pekan Simpang Empat. Jalan menuju ke Kota Sarang Semut. Ia beroperasi 24 jam. Aku suka makan kat sini sebab lauk-pauk seperti Ayam Goreng Madu, Ayam Goreng Bawang, Kari Kepala Ikan, Sambal Petai Rebung, Ayam Kampung, Gulai Daging, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi lauk yang ada memang sedap-sedap belaka.  Harga berpatutan.









Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning.

Nasi Lemak Royale ni ala-ala nasi kandar jugak. Sebab ni mamak punya nasi lemak. Pernah dengar Nasi Lemak Haji Ali? Ha.. Pada aku yang ni lagi awesome. Macam-macam lauk boleh pilih. Sedap makan dengan kuah campur macam nasi kandar jugak. Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, berdekatan dengan Persiaran Hijau Kuning dan Simpang Kuala ni adalah cawangan utama. Cawangan lain yang aku tahu ialah di Anak Bukit dan dengar kata ada cawangan kat KL. Nanti aku check it out!

 


Char Kuey Teow, Bandar Darul Aman.

Aku suka pergi Bandar Darul Aman ni. Sebab banyak gerai char kuey teow di sana. Ada Gani Char Kuey Teow, Zam Char Kuey Teow, Char Kuey Teow Marvellous dan banyak lagi. Tapi aku paling suka Sham Char Kuey Teow kat Taman Mahsuri dan Char Kuey Teow Aladdin kat Pekan Tanah Merah.







Asioki's Cafe, Jalan Putra.

Asioki's Cafe ni salah satu tempat makan yang family aku selalu bawak tiap kali aku balik Kedah. Sebab aku suka makan kat sini. Baik dia punya local food dan juga western food. Tiap kali makan kat sini, aku mesti order Nasi Goreng Siam. Ada rasa spicy. Sedap. Latest aku pergi Asioki ni, Mama order Claypot Yee Mee Soup. Abah order Phad Thai. Tapi Phad Thai ni kureng pada aku. Shark Fin Soup kat sini sangatlah awesome. Nyummy!










Kueyteow Iman, Jalan Sultanah.

Restoran Kueyteow Iman di Jalan Sultanah ni antara favourite eating place bagi orang-orang di sini dan juga tourists yang mai dari jauh habaq hang. Dulu Kueyteow Iman ni hanya sebuah gerai yang jual kueyteow kerang, kueyteow telur, char kueyteow dan juga nasi lemak bungkus. Sekarang dah maju. Dah jadi restoran. Di lokasi yang sama. Dengan tambahan menu seperti Western Food, Nasi Ayam dan juga satay.





Restoran Nasi Kandar Yasmeen.

Lagi restoran nasi kandar yang mendapat recommendation daripada aku. Walawei! Restoran Yasmeen ni terletak berdekatan dengan Stadium Darulaman dan Muzium negeri. Ada cawangan lain jugak tapi yang aku tahu cuma di Jitra. Orang ramai datang sini mostly makan nasi lauk ayam goreng, telur rebus atau sayur. Kuah campur. Tu je dah cukup.





Mat Cucur Udang White Palace, Taman PKNK.

Yang ni faveret place aku lepak petang-petang. Makan cucur udang dengan teh ais. Sangat lah awesome bagi aku. Gerai ni bertempat di Taman PKNK, Jalan Tun Razak. Ada juga bukak kat pasar malam depan Star Parade dan juga kat pasar malam Jalan Sultan Badlishah.





Banyak lagi tempat makan yang awesome kat area Alor Setar ni. Malas plak aku nak letak semua. Kalau rajin, aku masukkan lagi dalam blog ye.



6 comments:

  1. Gulai temenung pasar nelayan k.kedah pn rancak baq ang..

    ReplyDelete
  2. bagus ada blog mcm ni.at least bagi panduan pd org mcm saya yg tak pernah dtg kedah ni.TK

    ReplyDelete
  3. kedah mmg bnyk kedai mkn yg sedap.. lg2 kat alor setar.. itu blm pekena ikan bakar..

    ReplyDelete
  4. Nasi Lemak Pokok Buluh kat Bandar Seri Astana, Sg. Petani antara yang paling sedap..

    ReplyDelete
  5. Betul tu kedah antara tempat yang paling best makan semua sedap. Tapi haritu ada singgah satu kedai ni sempoi gak ada menu sarapan dan tengahhari
    • Nasi Lemak Panas2
    • Nasi Goreng Meletop
    • Pulut Ikan Masin
    • Bihun Goreng Marvellous
    • Kuey Tiow Goreng Ssedapp
    • Ayam Goreng Tepung Yummy
    • Telur Mata
    • Telur Rebus
    • Ikan Temenung Lemak
    • Ikan Bilis Rangup
    • Sosej Ayamas Goreng
    • Sardin Homemade
    • Sambal Sotong Padu

    �� Menu Istimewa al-Barokah ��
    • Capati
    》 Kuah Dhal Telur

    http://www.wasap.my/+60194262477/NakOrder
    alamat dekat
    Al barokah
    No 7, TINGKAT BAWAH KOMPLEKS SERI FAJAR,
    JALAN DATO SYED OMAR,
    ALOR SETAR, KEDAH.

    ReplyDelete