17/5/2011 - Hari Selasa
Lokasi: Stesen Keretapi Chennai, India
Masa: 10.00 pagi
Zamir turun dari teksi yang dinaikinya.. Perjalanan dari kampusnya di Universiti of Madras hanya mengambil masa selama 15 minit ke Stesen Keretapi Chennai.. Dari Universiti of Madras ke Stesen Keretapi Chennai itu jauhnya dalam 12km.. Pening kepala Zamir lepas naik teksi tu.. Drebar teksi ni bukan main laju bawak kereta.. Siap cilok-mencilok.. Adoyai..
Setelah semua barang dibawa keluar daripada but teksi dan selesai membuat pembayaran, Zamir terus menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket perjalanan dari Chennai ke Jaipur.. Harga tiket dari Chennai ke Jaipur hanya 528 Rupee bersamaan RM30.. Murah juga harga tiket itu memandangkan perjalanan itu mengambil masa selama 2 hari.. Setelah membeli tiket, Zamir menunggu di ruang menunggu yang hanya bersebelahan dengan kaunter tiket itu.. Zamir hanya perlu menunggu selama 30 minit memandangkan keretapi akan tiba pada pukul 10.45 pagi.. Sementara menunggu, Zamir sempat membaca novel seram milik rakan serumahnya..
_________________________________________________________________________________
Jam sudah menunjukkan 11 pagi.. Keretapi masih belum tiba lagi.. Adoyai.. Zamir mula gelisah, dia menuju ke kaunter tiket tadi..
"Hello Mr.. When will my train arrive?" tanya Zamir..
"Your train will arrive in 1 hour.. In India, it's normal to wait for a train for 1 hour.." Jawab orang yang jaga kaunter tiket tu..
Lagi sejam keretapi nak sampai.. Perut Zamir mula berbunyi.. Lapar.. Zamir membawa keluar bekalan makanan yang dimasak pagi tadi.. Nasib baik dia ada bawa bekal.. Kalau tidak, tak tahulah mana dia nak cari makan memandangkan kantin di situ menyediakan makanan yang tak mengikut selera si Zamir.. Zamir menjamu selera di ruang menunggu sambil melayan novel yang belum habis dibacanya..
_________________________________________________________________________________
Sejam sudah pun berlalu.. Keretapi belum sampai.. Zamir mulai resah buat kali kedua.. Dia sudah mulai bosan menunggu.. Tanpa berlengah, Zamir ke kaunter tiket..
"Hello.. You've said that my train will arrive at this time.. So where is it?" Tanya Zamir yang sudah mula rasa marah..
"I am sorry sir.. Your train is having a problem.. Maybe it will arrive in another 2 or 3 hours.. It's normal in India.." Jawab orang yang sama..
Zamir dah mula rasa geram.. Tensen menguasai diri.. Dia terus ke ruang menunggu tanpa berkata apa.. Dia menghantar text message kepada Kamal, rakan karibnya yang sedang menunggu di Jaipur..
"Salam Kamal, aku lambat sikit sampai ke sana.. Tren aku problem la pulak.. Dah sejam lebih tunggu tapi tak sampai-sampai.. Bongok betol.. Maaf ye.."
Selang beberapa minit, Kamal membalas mesej tersebut..
"OK.. Kalau ade pape hal, gtaw la.. Sabar ye.. Jgn rushing.." Balas Kamal..
_________________________________________________________________________________
Tiga jam dah berlalu.. Rasa marah Zamir semakin membuak-buak.. Geram sangat.. Tunggu keretapi yang sedari tadi tidak sampai-sampai.. Sekali lagi dia ke kaunter tiket, mungkin untuk terakhir kali.. Dengan penuh rasa marah, dia menepuk meja kaunter dengan sekuat hati..
"Hey!!! Where is the fucking train??!!" bentak Zamir..
Dengan muka yang langsung tidak ada rasa bersalah.. Dan dengan selambanya orang yang jaga kaunter tu menjawab..
"I am sorry sir.. It's normal in India if the train that you've wait is not arrive..."
"It's normal.. It's normal abah kau!!! You stupid fool!!!" tengking Zamir..
Zamir blah dari kaunter tiket tu.. Blah dari stesen keretapi tu.. Nak je dia hentakkan kepala orang tu ke dinding.. Zamir menuju pulang setelah merasakan yang penantiannya itu hanya sia-sia..
No comments:
Post a Comment