Wednesday, 12 September 2012

Demam Gangnam.. Aku naik muak!

Op Op Oppa Gangnam Style...



Lagu yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia..
Walaupun tak tahu langsung apa maksud lirik lagu ini, tapi video clip si PSY ni dah capai lebih 150juta viewers..
Lagu ini sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada peminat-peminat K-Pop dan para pendengar di Korea..
Tapi bila dah menjadi fenomena di seluruh dunia kerana tariannya itu, maka rating lagu ini kembali naik di Korea..



Pada mulanya aku terhibur dengan lagu ini..
Mungkin kerana lagak tari ala-ala cowboy yang sering buat aku berdekah-dekah lalu aku pun mula terikut-ikut dengan tarian itu di rumah..
Hahaha.. Rasa seperti orang bongok..

Apabila lagu ini dah menjadi fenomena dan menjadi bahan bualan ramai, maka adalah sesetengah pihak yang membikin semula video ini.. Membuat parody...
Maka berlambak lah video dalam youtube yang meniru-niru lagak, gaya daripada video clip original..
Ada juga yang mereka-reka lirik baru untuk menjadikannya lebih menarik..
Aku semakin muak bila tengok video-video parody ni..
Kerana kebanyakan parody ini macam tahi.. Macam sampah..

Cuma ada satu parody Gangnam ini, menjadi kesukaan aku.. "Suasana Gangnam Raya"..
Pasti korang pernah tengok video ni..




Aku sukakan parody yang ni..
Sebab video ni menunjukkan betapa meriahnya berhari raya bersama keluarga yang aku rasa semuanya sporting belaka.. Dari atok,nenek hingga ke cucu mereka kelihatan sporting habis..
Video ini dekat dengan aku memandangkan family aku pun lebih kurang macam ni gilanya.. Bezanya keluarga mereka lebih ramai..
Video ini secara tak langsung menujukkan banyak cara kita boleh beraya bersama-sama keluarga yang tercinta..
Bukan sekadar makan,bermaafan,sembang kejap lepas tu masing-masing balik ke rumah masing-masing..
Tapi kalau macam ni punya meriah bila beraya, memang tiap-tiap bulan la aku nak balik kampung beraya.. Gangnam dengan family.. haha..

Papepon, aku rasa dah muak nak tengok parody-parody gangnam yang lain.. Syok sendiri je..
Kalo rasa nak buat parody, buat lagu atau cerita lain.. Orang dah muak dengan Gangnam parody ni..


2 comments: