16/9/2012.. Pukul 8.45 pagi.. Aku baru saja habis kerja dan sedia untuk berangkat pulang.. Aku kerja shift malam waktu tu.. Daripada pukul 10.40 malam hingga 8.40 pagi.. Setibanya di rumah, aku memang tak mahu tidur memandangkan aku harus menghantar member aku, Madi ke Stesen Putra pada pukul 10..
"Nanti tolong hantarkan aku pergi Stesen Putra dalam pukul 10 pagi ye.."
Itulah isi kandungan dalam sms yang dihantar Madi sehari sebelumnya.. Jadi aku rancang untuk gerak dari rumah pukul 10 pagi.. Pukul 9.42 pagi.. Aku terima sms daripada Madi..
"Ijat.. ko kt mana..."
Lebih kurang begitulah isi kandungan tersebut.. Aku yang masih terlantar di sofa ruang tamu rumah ku pun membalas sms tersebut.. Mengatakan yang aku masih berada di rumah.. Lalu aku dikejutkan dengan sms dibalas Madi..
"Ok.. Bas aku pukul 10 pagi.."
Pulak dah.. Mati-mati aku ingat dia nak aku ambil dari rumahnya pukul 10.. Adoi.. Aku tengok jam.. Pukul 9.45.. Masih sempat rasanya nak ke Stesen Putra.. Aku terus ambil kunci motor housemate aku, Bob.. Dari rumah aku di Jalan Semarak, aku pecut ke Kg Baru.. Nak ambil si Madi.. Sampai je Kg Baru, aku lihat jam dah pukul 9.55.. Aku call Madi, suruh dia keluar rumah.. Aku gerak dari Kg Baru pukul 9.58.. Terus merempit ke Stesen Putra dengan harapan si member aku ni tak ketinggalan bas..
Tiba di Stesen Putra, jam dah pukul 10.05 pagi.. Lewat 5 minit.. Aku tak nampak langsung bas Sani Ekspres yang akan dinaiki Madi.. Dengan penuh rasa positif dalam diri, aku rasakan bas tak sampai lagi.. Madi terus ke kaunter tiket, nak tanya sama ada bas dah sampai atau pun dah berlepas meninggalkan kami.. Aku tunggu di motor.. Selang 5 minit, Madi keluar dengan wajah yang tenang bersama seorang staff Sani.. Ah sudah! Confirm terlepas bas ni..
"Ijat.. Jom gi Tol Gombak.. Bas aku dah gerak.."
Madi mengajak.. Hahaha.. Adoi.. Tertinggal bas pulak dah.. Kes naya ni.. Ohhooo hoi... Staff Sani tu memberitahu no plat bas tersebut bagi memudahkan kami mengejar bas tu.. Haha.. Madi dan aku pun gerak terus ke tempat yang dituju.. Motor Lagenda yang ku tunggang hampir 110 km/h melalui Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang seterusnya masuk MRR2 menghala ke Karak..
Entah kenapa.. Madi tiba-tiba rasa dah tak ada mood nak balik kampung.. Dia suruh aku U-turn.. Mungkin dia merasakan yang kitorg ni memang tak dapat nak kejar bas tu.. Aku takkan putus asa.. Aku tak nak U-turn.. Aku akan cuba temukan bas itu.. Aku teruskan perjalanan..
200m sebelum Tol Gombak, aku dah nampak bas Sani Ekspres tu.. Aku teruja terok.. Bas tu dah kami jumpa.. Aku nak lepasi Tol Gombak.. Nak turunkan Madi lepas Tol Gombak.. Malangnya Madi tetap dengan pendiriannya.. Dia suruh aku masuk simpang ke Pekan Gombak.. Aku pun tak dapat nak berbuat apa-apa.. Tuan empunya badan sendiri pon dah tak rasa nak naik bas tu.. Aku pun masuk ke Pekan Gombak.. Menuju pulang ke Kampung Baru..
Dengan rasa hampa.. Aku tunggang motor dengan perlahan.. Madi ajak minum-minum.. Jadi aku teruskan perjalanan untuk bersarapan di Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru.. Sampai di sana.. Ini yang Madi katakan..
"Aku sebenarnya tak kisah pun tak dapat naik bas tu.. Sebab malam ni aku boleh gerak dengan Abang Ipar aku balik Terengganu.. Naik kereta.."
Cisss... Hampehh... Aku tersenyum... Tersenyum kepenatan.. Adoyai yai yai.....
itu dia pengobanan seorang rakan~ :'D
ReplyDelete