Saturday, 8 September 2012
Malam Ini dan Esok
Malam ini aku menyendiri
Setelah puas melarikan diri
Ku terkenang sejenak
Saat indah kita masa lalu
Ku rancang itu
Ku rancang ini
Akhirnya satu pun tidak menjadi
Rasa kecewa menyelubungi diri
Selama ini ku mencari rezeki
Untuk kesenangan kita nanti
Namun apa yang ku dapat
Sakit perit pedih yang tak bisa diungkapkan
Biarpun di luar nampak happy
Di dalam tiada yang dapat mengerti
Apa lagi harus ku katakan
Kerana Tuhan saja yang menentukan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga
Walaupun tubuh semakin lemah
Nafas semakin layu
Ku cuba kuatkan diri
Ku cuba terima kenyataan ini
Sepuntung rokok menjadi teman
Menemani ku merintih keseorangan
Ku berdoa pada Tuhan
Agar hidup ini dipermudahkan
Hidup ini memang palat
Tapi esok masih ada
Apabila semua seakan hilang
Ingatlah bahawa masa depan masih ada
Labels:
Seni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam nak copy paste post ni bole tak ? hahaha sumpah feeling -____-
ReplyDeletehehe.. copy je la.. tapi kena bayar.. atas sebab hak eksklusif.. hamboih..
ReplyDelete