Monday 26 March 2012

Biru-biru Isnin

Hallo...
Pergh entry aku ari ni bermula dengan rasa malas nak mampos.. Bukak mata, rasa nak pejam balik.. Nak sambung je tido.. Adoyai.. Aku bangun pagi, malas je nak mandi.. Tuala aku ni dari tadi membaluti leher aku.. Siap mesej kat kekasih hati.. Konon-konon nak mandi, siap-siap teros ke kelas.. Rupanya tidak, laptop & blog aku seperti memanggil-manggil bagai hasutan syaitan, memujuk aku supaya tidak ke kelas hari ini.. damn la.. hahaha..

Kelas hari Isnin sepatutnya bermula pada pukul 8.30 pagi.. Tapi pensyarah aku bagi masuk kelas pukul 9 pagi.. Kononnya nak bagi student dia sarapan dulu.. Iyyolah sarapan.. Pukol 8.36 pagi aku masih di depan laptop dan masih belom mandi.. Nice lah.. Papepon terima kasih puan pensyarah kerana memahami pelajar-pelajar yang 'rajin' ni.. Anda sangat baik hati..

Kelas ari ni habes pukul 7.30 petang.. Adoyai.. Memang berat la mata aku ni nak consentrate dalam kelas.. Nasib baik la ade gap waktu tengah hari.. Sempat la ngeteh ngan member-member aku.. Ya aku memang suka ngeteh.. Ngeteh dan ngorok memang x boleh dipisahkan dari helaian kamus hidup aku.. Weehuu..

Rasanya dah cukup aku menulis menatang blog ni.. Lepas ni rasanya nak buat ape ek? Sambung tido atau mandi.. kalau sambung tido memang dah sah la aku ponteng kelas pagi ni.. haha.. Wahai Syaitan.. xyah nak goda aku lebih-lebih.. Aku nak mandi okay.. ko hasut la budak-budak rumah aku yang lain tido dengan nyenyak.. Sebab diorg xde kelas pagi Isnin ni.. huhu... K la.. chow dulu..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment