Thursday, 20 September 2012

Imam Sujud Solat Jenazah

Sedang aku menikmati makan tengah hari dengan mama abah aku di food court Suria KLCC, abah aku cerita pasal kawan dia meninggal dunia Ahad lepas.  Hanya 'Innalillahiwainnailaihirojiun' yang mampu ku ucapkan. Abah aku menceritakan saat-saat pengurusan jenazah itu berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah tiba waktu solatkan jenazah.

Aku sangat terkejut bila abah aku cakap Imam Sujud bila solat jenazah. Aku mula bingung. Sedangkan solat jenazah tak perlu sujud dan kalau nak sujud pon boleh la pulak sebab memang tak ada ruang langsung untuk bersujud.

Aku jadi fikiran. Aku jadi konpius. 

Lepas tu mama aku pulak tanya, "Kalau Izzat solat waktu tu, Izzat ikut tak Imam Sujud?"

Adoyai. Aku sekali lagi bingung. Perlukah aku ikut imam tu sujud sedangkan solat jenazah tak perlu sujud atau perlukah aku ucapkan 'Subhanallah' memandangkan imam tu sudah melakukan kesilapan dalam solat.

"Kalau Imam tu sujud waktu solat jenazah, kita sebagai makmum ucap 'Subhanallah' la. Nak tegur Imam tu buat salah.." Jawab aku.

"Kenapa pulak nak tegur? Bukan Imam tu buat salah.." Kata abahku..

"Aik!! Kan solat jenazah tak boleh sujud. Kenapa abah cakap Imam tu tak salah?" Tegas aku..

"Salah apanya.. Yang imamkan Solat Jenazah tu namanya Ustaz Sujud.. Bukannya dia bersujud waktu solat jenazah tu.. Jadi kita sebagai makmum haruslah ikut Imam yang namanya Ustaz Sujud tu.." Abah menjawab sambil tersengih..

Siot! Aku kena game. Kami bertiga gelak sakan waktu tu. Aku yang terkono waktu tu pun gelakkan diri sendiri. Kurang asam punya parents. Takpe takpe.. Hehe..

Wednesday, 19 September 2012

Syrupharmony (The Jumping Band)

Syrupharmony perform lagu Pins and Needles (Billy Talent) & Still Waiting (SUM41)

Battle of the Band Miit Unikl

Alhamdulillah Syrupharmony dapat nombor 1..

Looking forward to join banyak lagi Battle di masa akan datang..

Enjoy this video!


Brader Celcom 5

Aku sedang bertugas di kaunter pembayaran. Waktu tu pukul 1.30 pagi. Customer pun tak berapa ramai yang datang nak beli barang.  Ada seorang lelaki masuk ke kedai, tempat aku kerja. Dia sedang bercakap melalui phone.  Melihat susuk tubuh dan wajahnya, aku rasa umur dia lebih kurang aku je..  Aku buat tak endah sebab sedang melayan sorang customer yang nak beli Marlboro kotak merah.

Tiba giliran lelaki ini yang tangannya masih memegang handphone dan diletakkan ke telinga kanannya.  Dia nak beli topup. Celcom RM5. Aku pun tekan punat mesin topup tu satu persatu.

"Abang tengah beli topup la.."
"Iya betol.. Abang kat 7Eleven ni.. Tengah beli topup.."

Aku mula pasang telinga. Bercakap dengan awek dia la tu. Lepas buat pembayaran, lelaki itu masih belum mahu keluar kedai.  Masih bercakap dengan aweknya di satu sudut kedai sambil mata memandang ke arah luar kedai.  Aku yang tak ada pape nak buat waktu tu, terus pasang telinga sambil buat 'manual purchase'. Memang aku suka dengar atau tengok segala gelagat customer-customer yang singgah ke kedai aku.  Aku jadikan hiburan di waktu kerja..Dia pulak cakap bukan main kuat. Mungkin sengaja nak cakap kuat-kuat, nak menunjuk yang dia ada awek.. Puii!!!

"La... Betol la abang kat 7E ni.. Baru je lepas beli topup..."
"Betol la.. Tak caya ke? Ni japgi abang nak balik.. Dah nak masuk kereta ni.."
"Iye... Japgi abang terus balik rumah la..."

Mak aih.. Jeles betol awek tu kat balak dia ni sampai nak kena tanya banyak kali. Dah memang lelaki ni ada kat 7E. Yang si lelaki ni pun satu. Tadi cakap nak balik. Balik je la. Yang masih tercegat kat sini kenapa? Kenapa tak bual & argue dalam kereta je? Bagus betol tak nak cakap phone sambil driving.

Sebaik saja lelaki tu tamatkan perbualan, dia terus meluru keluar dan menuju ke keretanya. Pergh.. Kereta Honda Jazz pulak. Aku hanya melihat dari dalam kedai. Dia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari kedai ini sambil bermanja dengan seorang wanita di sebelahnya.

"Ooooo patut la....." respon aku.

Tuesday, 18 September 2012

We've Been Barrarized

Malam 17/9/2012

Aku rasa teringin nak makan Burger McDonalds.. Mengidam secara tiba-tiba.. Aku bersiap-siap.. Aku ajak housemates aku pergi sekali.. Cuma Aiman dan Din je yang nak ikut.. Nak pergi naik kereta.. Before kitorang gerak, si Aiman suruh tengok video ni kat youtube.com..




Video ni membuat aku tertanya-tanya.. Apa yang best sangat Restoran Barra ni.. Restoran mamak je.. Rasanya lebih kurang macam Restoran SS2 Murni.. Tiba-tiba plan aku berubah.. Tak jadi pergi McDonalds.. Plan nak ke SS2 Murni.. Nak pergi Restoran Barra tu jauh sangat.. Kat Shah Alam..
So kitorang pun gerak la ke SS2.. Sampai je kat sana, aku frust terok.. Kedai tu tutup.. Hampeh betol.. Cuti Hari Malaysia mungkin..

Seterusnya kitorang pergi Kelana Jaya.. Hajatnya nak pergi makan kat Williams pulak.. Mengidam Carbonara.. Hohoho... Tapi lagi sekali aku hampa.. Kedai Williams yang asal dah tak ada.. Dengar khabar dah pindah Danau.. Tapi rasanya kedai kat Kelana Jaya masih bukak.. Aku ni je yang agak ketinggalan..
Aku teruskan perjalanan.. Alang-alang dah sampai Kelana Jaya, aku masuk LDP menghala ke Shah Alam.. Restoran Barra pula menjadi arah tuju kami.. Alhamdulillah Restoran Barra bukak cuma nak masuk simpang ke Seksyen 7 tu bukan main jammed..

Restoran Barra ni memang crowded terok.. Ramai je orang.. Mana taknya.. Hampir semua yang datang makan kat situ student-student UITM & UNISEL.. Aku tengok harga semua makanan.. Memang berpatutan.. Memang patotla students suka lepak sini..

Aiman suggest Naan Cheese kat situ.. So aku order satu as our desserts.. Haha.. Aiman & Din order makanan yang sama.. Nasi Goreng Ayam Barra.. Aku nak order yang lain.. Tak best plak semuanya sama.. Aku tanya waiter mamak sorang ni ape yang best.. Dia suggest Sizzling Mee.. So aku order Sizzling Yee Mee Chicken.. Hati mula tertanya-tanya.. Sedap ke mamak buat sizzling.. Kalau tak sedap, aku lempang mamak tu.. Confirm!!! Hahaha...

Service kat situ okay sangat.. Makanan pun agak cepat sampai.. Air sampai dulu diikuti Sizzling Yee Mee Chicken, Naan Cheese dan akhirnya Nasi Goreng Ayam Barra.. Aku rasa kuah sizzling ni.. Pergghh.. Sedap... Pandai la pulak Mamak masak Sizzling Yee Mee ni.. Agaknya Mamak yang masak ni punya darah campuran India+Muslim+Cina.. Hehe.. Puas hati aku dengan Sizzling Yee Mee ni.. Cuma kurang asap.. Haha.. Susah nak dapat yang sedap.. Kat KL rasa kuah pun tawar je.. Hampeh.. Try nasi goreng member aku pulak.. Banyak nasi.. Banyak ayam.. Sedap.. Naan Cheese pun lebih kurang sedap.. Cuma kena makan time roti tu tengah panas..


Sizzling Yee Mee Chicken - RM5.00


 Naan Cheese - RM3.00


Nasi Goreng Ayam Barra - RM5.50


Restoran Barra ni banyak gila gambar customer-customer yang bertuah.. Rupa-rupanya ada Barrarazzi kat sini.. Siapa yang bertuah je atau mungkin siapa yang hensem-hensem dan yang cantik-cantik je akan diabadikan di dinding restoran ni.. Nak lagi awesome, ada yang dapat makan free.. Murah rezeki..

Lepas makan.. Aku rasa yang ni paling aku malas.. Nak bayar pun kena queue panjang.. Huhu.. Overall.. Restoran Barra ni perlu dikunjungi sekali lagi atau mungkin banyak kali.. Hahaha.. Banyak lagi makanan yang belum aku try..  I've been Barrarized!


Bro.. Saya Tak Nak Resit.. Saya Nak 100 Plus.. Boleh?

Monday, 17 September 2012

Bas ooo Bas

16/9/2012.. Pukul 8.45 pagi.. Aku baru saja habis kerja dan sedia untuk berangkat pulang.. Aku kerja shift malam waktu tu.. Daripada pukul 10.40 malam hingga 8.40 pagi.. Setibanya di rumah, aku memang tak mahu tidur memandangkan aku harus menghantar member aku, Madi ke Stesen Putra pada pukul 10..

"Nanti tolong hantarkan aku pergi Stesen Putra dalam pukul 10 pagi ye.."

Itulah isi kandungan dalam sms yang dihantar Madi sehari sebelumnya.. Jadi aku rancang untuk gerak dari rumah pukul 10 pagi.. Pukul 9.42 pagi.. Aku terima sms daripada Madi..

"Ijat.. ko kt mana..."

Lebih kurang begitulah isi kandungan tersebut.. Aku yang masih terlantar di sofa ruang tamu rumah ku pun membalas sms tersebut.. Mengatakan yang aku masih berada di rumah.. Lalu aku dikejutkan dengan sms dibalas Madi..

"Ok.. Bas aku pukul 10 pagi.."

Pulak dah.. Mati-mati aku ingat dia nak aku ambil dari rumahnya pukul 10.. Adoi.. Aku tengok jam.. Pukul 9.45.. Masih sempat rasanya nak ke Stesen Putra.. Aku terus ambil kunci motor housemate aku, Bob.. Dari rumah aku di Jalan Semarak, aku pecut ke Kg Baru.. Nak ambil si Madi.. Sampai je Kg Baru, aku lihat jam dah pukul 9.55.. Aku call Madi, suruh dia keluar rumah.. Aku gerak dari Kg Baru pukul 9.58.. Terus merempit ke Stesen Putra dengan harapan si member aku ni tak ketinggalan bas..

Tiba di Stesen Putra, jam dah pukul 10.05 pagi.. Lewat 5 minit.. Aku tak nampak langsung bas Sani Ekspres yang akan dinaiki Madi.. Dengan penuh rasa positif dalam diri, aku rasakan bas tak sampai lagi.. Madi terus ke kaunter tiket, nak tanya sama ada bas dah sampai atau pun dah berlepas meninggalkan kami.. Aku tunggu di motor.. Selang 5 minit, Madi keluar dengan wajah yang tenang bersama seorang staff Sani.. Ah sudah! Confirm terlepas bas ni..

"Ijat.. Jom gi Tol Gombak.. Bas aku dah gerak.."

Madi mengajak.. Hahaha.. Adoi.. Tertinggal bas pulak dah.. Kes naya ni.. Ohhooo hoi... Staff Sani tu memberitahu no plat bas tersebut bagi memudahkan kami mengejar bas tu.. Haha.. Madi dan aku pun gerak terus ke tempat yang dituju.. Motor Lagenda yang ku tunggang hampir 110 km/h melalui Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang seterusnya masuk MRR2 menghala ke Karak..

Entah kenapa.. Madi tiba-tiba rasa dah tak ada mood nak balik kampung.. Dia suruh aku U-turn.. Mungkin dia merasakan yang kitorg ni memang tak dapat nak kejar bas tu.. Aku takkan putus asa.. Aku tak nak U-turn.. Aku akan cuba temukan bas itu.. Aku teruskan perjalanan..

200m sebelum Tol Gombak, aku dah nampak bas Sani Ekspres tu.. Aku teruja terok.. Bas tu dah kami jumpa.. Aku nak lepasi Tol Gombak.. Nak turunkan Madi lepas Tol Gombak.. Malangnya Madi tetap dengan pendiriannya.. Dia suruh aku masuk simpang ke Pekan Gombak.. Aku pun tak dapat nak berbuat apa-apa.. Tuan empunya badan sendiri pon dah tak rasa nak naik bas tu.. Aku pun masuk ke Pekan Gombak.. Menuju pulang ke Kampung Baru..

Dengan rasa hampa.. Aku tunggang motor dengan perlahan.. Madi ajak minum-minum.. Jadi aku teruskan perjalanan untuk bersarapan di Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru.. Sampai di sana.. Ini yang Madi katakan..

"Aku sebenarnya tak kisah pun tak dapat naik bas tu.. Sebab malam ni aku boleh gerak dengan Abang Ipar aku balik Terengganu.. Naik kereta.."

Cisss... Hampehh... Aku tersenyum... Tersenyum kepenatan.. Adoyai yai yai.....

Wednesday, 12 September 2012

Demam Gangnam.. Aku naik muak!

Op Op Oppa Gangnam Style...



Lagu yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia..
Walaupun tak tahu langsung apa maksud lirik lagu ini, tapi video clip si PSY ni dah capai lebih 150juta viewers..
Lagu ini sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada peminat-peminat K-Pop dan para pendengar di Korea..
Tapi bila dah menjadi fenomena di seluruh dunia kerana tariannya itu, maka rating lagu ini kembali naik di Korea..



Pada mulanya aku terhibur dengan lagu ini..
Mungkin kerana lagak tari ala-ala cowboy yang sering buat aku berdekah-dekah lalu aku pun mula terikut-ikut dengan tarian itu di rumah..
Hahaha.. Rasa seperti orang bongok..

Apabila lagu ini dah menjadi fenomena dan menjadi bahan bualan ramai, maka adalah sesetengah pihak yang membikin semula video ini.. Membuat parody...
Maka berlambak lah video dalam youtube yang meniru-niru lagak, gaya daripada video clip original..
Ada juga yang mereka-reka lirik baru untuk menjadikannya lebih menarik..
Aku semakin muak bila tengok video-video parody ni..
Kerana kebanyakan parody ini macam tahi.. Macam sampah..

Cuma ada satu parody Gangnam ini, menjadi kesukaan aku.. "Suasana Gangnam Raya"..
Pasti korang pernah tengok video ni..




Aku sukakan parody yang ni..
Sebab video ni menunjukkan betapa meriahnya berhari raya bersama keluarga yang aku rasa semuanya sporting belaka.. Dari atok,nenek hingga ke cucu mereka kelihatan sporting habis..
Video ini dekat dengan aku memandangkan family aku pun lebih kurang macam ni gilanya.. Bezanya keluarga mereka lebih ramai..
Video ini secara tak langsung menujukkan banyak cara kita boleh beraya bersama-sama keluarga yang tercinta..
Bukan sekadar makan,bermaafan,sembang kejap lepas tu masing-masing balik ke rumah masing-masing..
Tapi kalau macam ni punya meriah bila beraya, memang tiap-tiap bulan la aku nak balik kampung beraya.. Gangnam dengan family.. haha..

Papepon, aku rasa dah muak nak tengok parody-parody gangnam yang lain.. Syok sendiri je..
Kalo rasa nak buat parody, buat lagu atau cerita lain.. Orang dah muak dengan Gangnam parody ni..