Wednesday, 12 September 2012

Demam Gangnam.. Aku naik muak!

Op Op Oppa Gangnam Style...



Lagu yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia..
Walaupun tak tahu langsung apa maksud lirik lagu ini, tapi video clip si PSY ni dah capai lebih 150juta viewers..
Lagu ini sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada peminat-peminat K-Pop dan para pendengar di Korea..
Tapi bila dah menjadi fenomena di seluruh dunia kerana tariannya itu, maka rating lagu ini kembali naik di Korea..



Pada mulanya aku terhibur dengan lagu ini..
Mungkin kerana lagak tari ala-ala cowboy yang sering buat aku berdekah-dekah lalu aku pun mula terikut-ikut dengan tarian itu di rumah..
Hahaha.. Rasa seperti orang bongok..

Apabila lagu ini dah menjadi fenomena dan menjadi bahan bualan ramai, maka adalah sesetengah pihak yang membikin semula video ini.. Membuat parody...
Maka berlambak lah video dalam youtube yang meniru-niru lagak, gaya daripada video clip original..
Ada juga yang mereka-reka lirik baru untuk menjadikannya lebih menarik..
Aku semakin muak bila tengok video-video parody ni..
Kerana kebanyakan parody ini macam tahi.. Macam sampah..

Cuma ada satu parody Gangnam ini, menjadi kesukaan aku.. "Suasana Gangnam Raya"..
Pasti korang pernah tengok video ni..




Aku sukakan parody yang ni..
Sebab video ni menunjukkan betapa meriahnya berhari raya bersama keluarga yang aku rasa semuanya sporting belaka.. Dari atok,nenek hingga ke cucu mereka kelihatan sporting habis..
Video ini dekat dengan aku memandangkan family aku pun lebih kurang macam ni gilanya.. Bezanya keluarga mereka lebih ramai..
Video ini secara tak langsung menujukkan banyak cara kita boleh beraya bersama-sama keluarga yang tercinta..
Bukan sekadar makan,bermaafan,sembang kejap lepas tu masing-masing balik ke rumah masing-masing..
Tapi kalau macam ni punya meriah bila beraya, memang tiap-tiap bulan la aku nak balik kampung beraya.. Gangnam dengan family.. haha..

Papepon, aku rasa dah muak nak tengok parody-parody gangnam yang lain.. Syok sendiri je..
Kalo rasa nak buat parody, buat lagu atau cerita lain.. Orang dah muak dengan Gangnam parody ni..


Member.. Nampak tak permainan dia?

"Minggu paling busy pernah dirakamkan dalam sejarah peradaban manusia."
 Aku pinjam kata-kata dari member aku.. Azim.. Yang duduk di sebelah aku.. Sedang study..

Ya.. Memang minggu ini adalah minggu yang busy buat aku, azim dan sebilangan rakan-rakan ku yang lain..
Banyak benda yang perlu disiapkan minggu ni.. Macam-macam yang perlu difikirkan.. Sampai member aku sorang lagi, Adib perasan yang muka aku sangat kusut..

"Senangnya nak baca emosi kau tat...."
Aku ingat lagi kata-kata si member aku sorang ni.. Emosi aku ni terlalu mudah untuk dibaca.. Betolkah?
Atau aku sahaja yang tak perasan.. Sedangkan member-member aku yang lain semuanya masak belaka dengan perangai aku ni.. Mungkin aku terlalu emosi memikirkan kerja-kerja dan jadual harian yang semakin padat.. Aduh... Mengalahkan aktor.. Tahi!!!

Saat aku begitu kusut dan bertambah kusut, maka sesetengah member aku semua memberi nasihat dan cadangan bagaimana nak tempuhi segala cabaran hidup ni.. 

Nah.... Waktu inilah kita dapat tahu siapa kawan kita bila kita dalam kesusahan.. Ketawa bersama.. Sedih pon bersama.. Nampak tak permainan dia?

Aku bersyukur kerana punyai ramai member-member yang faham perasaan aku.. Walaupun aku tak luahkan pada mereka sepenuhnya.. Terima kasih...

Sekarang aku perlu kuatkan semangat.. Walaupun sumber inspirasi hidup seakan hilang.. Namun aku bersyukur aku punyai member, kawan, sahabat yang memahami..

Satu-persatu kerja perlu aku siapkan.. Dah settle semua, kita bergembira sama-sama ya kawan-kawan...




Monday, 10 September 2012

KEPUTUSAN

Keputusan...
Suatu hasil yang harus diputus oleh sesetengah pihak..
Oleh sesetengah orang..

Keputusan itu kadangkala ditunggu dalam jangka masa yang lama..
Adakalanya hanya seketika..

Ada keputusan yang adil dan ada juga yang hanya memberi untung kepada
sebelah pihak sahaja..

Keputusan kadang-kadang memberi kebahagiaan, kegembiraan dan
kepuasan kepada semua orang..
Namun ada juga yang memberi keburukan, kesedihan dan keperitan..

Kerana disebabkan keputusan..
Ada yang bersorak riang, berparti siang malam,  membuat kenduri kesyukuran
atau paling tidak, hanya tersenyum keseorangan..
Namun ada juga yang menangis, memberontak, berperang sesama insan dan
ada juga yang sanggup bunuh diri..

Ada yang suka akan keputusan yang diperolehi dan ada yang membenci..

Walau apa pun yang terjadi.. Walau baik buruknya keputusan itu..
Harus diingat.. Terimalah dengan hati yang terbuka.. Tuhan sentiasa bersama kita..
Jangan pernah melupakanNya..

Saturday, 8 September 2012

Malam Ini dan Esok


Malam ini aku menyendiri
Setelah puas melarikan diri

Ku terkenang sejenak
Saat indah kita masa lalu


Ku rancang itu
Ku rancang ini

Akhirnya satu pun tidak menjadi
Rasa kecewa menyelubungi diri

Selama ini ku mencari rezeki
Untuk kesenangan kita nanti


Namun apa yang ku dapat
Sakit perit pedih yang tak bisa diungkapkan

Biarpun di luar nampak happy
Di dalam tiada yang dapat mengerti

Apa lagi harus ku katakan
Kerana Tuhan saja yang menentukan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga

Walaupun tubuh semakin lemah
Nafas semakin layu

Ku cuba kuatkan diri
Ku cuba terima kenyataan ini

Sepuntung rokok menjadi teman
Menemani ku merintih keseorangan

Ku berdoa pada Tuhan
Agar hidup ini dipermudahkan

Hidup ini memang palat
Tapi esok masih ada

Apabila semua seakan hilang
Ingatlah bahawa masa depan masih ada

Friday, 7 September 2012

Menongkat Pipi.. Angau Alert!

Jam tepat pukul 2.44 pagi..

Masih belum tidur..

Mata masih belum kuyu..

Ku buka youtube.com..

Ku search Izara Aishah..

Ku klik "Eh! April CoverShoot Izara Aishah.mov"

Ku bukak fullscreen..

Ku tonton penuh minat..

Kedua belah tangan menongkat pipi..

Layan hingga tamat..

Japgi nak tidur..

Dengan harapan Izara hadir dalam mimpiku.. Sambil ngorok..

Ya... Angau melanda jiwa..

Amboih...

 

 

Thursday, 6 September 2012

Kuku Kaki Ku Cagu

Berehat sebentar di ruang tamu rumah ku...
Melihat pemandangan hutan konkrit dan awan mendung..
Ku merasai sesuatu..
Rasa gatal menyelubungi ibu jari kaki kiri ku..
Ahh.. Ini CAGU..
Pasti gara-gara kasut aku yang sempit itu..
Kaki ku saiz 8, namun kasut yang saiz 7 itu ku pakai juga..
Nah!! Terimalah akibatnya..

Aku tiada tahan lagi..
Aku ambil jarum..
Ku cucuk-cucuk kawasan yang bengkak itu..
Biar nanahnya meleleh keluar..
Namun rasa gatal masih belum hilang..
Ku ambil gunting, ku gunting daging di ibu jari kaki kiri yang membengkak itu..
Lega sedikit..

Tapi aku belum puas hati..
Kuku ini penyebab aku merasa seksa menahan gatal..
Ku ambil Screwdriver Pipih..
Ku kopak-kopakkan, ku tanggalkan kuku itu dari jari ini..
Kepingan kuku itu ku buang ke luar tingkap..
Darah, nanah meleleh..
Bau busuk mula singgah ke hidung ku..
Walaupun sakit, aku sangat puas hati..
Cagu telah tiada, hati gembira...

Sunday, 2 September 2012