Thursday, 4 October 2012

Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu


Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
 
Ibuku.. Hamidah Binti Mohd Ahyak..  
Ku sentiasa doakan agar ibu sihat selalu..
Semoga Tuhan merahmati ibu..
Semoga Allah permudahkan segala urusan ibu..
Ibu..
Aku sayang kamu..

Wednesday, 3 October 2012

Menggelabah Di Williams

Dua hari lepas ekspedisi makan kami menghala ke Williams, Ground Floor Plaza Mayang, Kelana Jaya.  Housemates aku tak pernah makan kat sini.  Aku pun cuma sekali je makan kat Williams ni.  Kami belum arif tentang makanan yang ada dan harga.  Tiba di sana, aku mintak menu kat waiter tu. Waiter tu cakap tak ada menu.  Tapi dia boleh sebut makanan-makanan yang highly recommended kat situ.  Bila aku tanya harga, waiter tu senyap dan senyum saja.  Hampeh!

Mula-mula sekali aku order Naan Cheese with Gauda Caramel.  Tu yang aku target bila datang sini.  Saja nak bagi member-member rasa, jadi aku order cuma satu saja.  Kemudian aku order main dish.  Nasi Goreng Ketam.  Aku order ni sebab aku dengar ramai yang cakap Nasi Goreng Ketam ni sedap.  Member-member aku yang lain tak tahu nak order apa.  Last-last si Bob dan Aiman order Nasi Goreng Ayam Roasted.  Din pulak order Nasi Goreng Daging Capuchio.  Pelik je dengar.  Dengan tak tahu harga dan tak tahu betapa banyaknya makanan yang akan dihidangkan sebentar lagi, kami order seorang satu dish.  Aku lapar gila habaq hang.  Memang dari pagi tak makan.

Makanan sampai, kami tergamam.  Din dah geleng kepala.  Aiman dan Bob terkejut.  Aku dah kecur air liur.  Tak boleh nak perabes dish yang kami order tu sebab banyak sangat.  Manakan tidak, ayam roasted pon dah setengah ekor.  Gila banyak.  Bob dan Din antara yang surrender awal.  Sebab diorang dah makan petang tu.  Makanan diorang tak habis.  Aku yang kena habiskan.  Aiman pon habiskan yang dia punya je.  Last-last aku amek polisterin. Take away je.


Nasi Goreng Ketam - RM 25.00

Nasi Goreng Roasted Chicken - RM 25.00
 
 Naan Cheese with Gauda Caramel - RM10.00


 Nasi Goreng Daging Capuchio - RM 25.00



Kalau tengok kat gambar nampak macam kecik.  Tapi korang try la sendiri. Portion dia besar nak mampos.  Rasanya kalau makan dua orang sepinggan pon dah kenyang.  Inikan pulak sorang satu pinggan.  Memang senak perut kalau dapat habiskan. 

Nak dijadikan cerita.  Bob dan Aiman cuma bawak RM15 makan kat situ.  Order nasi goreng je dah RM25 sepinggan.  Air pulak RM8 segelas.  Aku pulak bawak cukup-cukup je RM50.  Tu pun sebab baru gi withdraw kat bank.  Memang menggelabah nak bayar time tu.  Nasib baik Din bawak duit lebih.  Dia tolong bayarkan mana yang tak cukup.  Din saves the day.  Din man of the match.  

Kesimpulannya, makanan kat Williams ni memang sedap.  Portion besar.  Kalau nak order nasi goreng baik order sepinggan pastu share dua orang.  Dan yang paling penting.  Bawak duit lebih.  Aku dan housemates plan nak makan lagi kat sini.  Tapi nak order Naan Cheese je. 


Recommended by me:  Nasi Goreng Ketam & Naan Cheese Gauda Caramel

Sunday, 30 September 2012

K S R

K S R



Kawasaki Small Rider
Kami Suka Ronda
Kami Suka Ride
Kami Suka Reggae
Kami Suka Rock
Kami Suka Rap
Kamen Super Rider





Motor idaman
Kalau nak ikutkan, memang dah mampu beli sebijik
Sabar
Banyak lagi benda nak buat
Ku simpan impian ku ini
Mungkin bila aku sudah bekerja nanti
KSR akan ku miliki
InsyaAllah

Saturday, 29 September 2012

Rokok Bau Kari

Cerita ini berlaku di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah.  Ia berlaku pada malam Jumaat beberapa tahun yang lepas.  Zaim, Faizal dan Amin berjalan pulang dari masjid ke blok hostel setelah selesai solat Maghrib.  Dengan selamba mereka meninggalkan masjid untuk buri di dorm mereka.  Kalau nak diikutkan, semua pelajar tak boleh balik ke hostel kerana ada bacaan surah yassin yang diamalkan setiap minggu.  Tapi budak tiga orang ni buat tak endah.  Asalkan diorang dah solat Maghrib.  Hampeh!

Buri.  Adalah satu istilah budak-budak sekolah tu yang bermaksud hisap rokok.  Hanya students je yang tahu.  Kalau ada yang ajak buri, maknanya ajak hisap rokok la tu.  Entah dari mana datangnya istilah tu.

Nak dijadikan cerita, budak tiga orang ni buri di satu sudut di hujung dorm.  Memang di situ port budak-budak selalu buri.  Dorm dibiar gelap.  Takut kantoi dengan warden.  Kebetulan pula Cikgu Maarof yang incharge malam ni. 

Cikgu Maarof adalah Penolong Kanan HEM merangkap sebagai Ketua Warden di sekolah itu.  Dia lah cikgu yang paling garang nak mampos.  Cikgu Maarof dan rotan memang tak dapat dipisahkan.  Sentiasa ada rotan di tangannya ketika membuat rondaan di sekitar hostel mahupun kelas.  Rotan budak memang dah jadi hobi dia.  Tak kira laki atau perempuan, siapa salah maka kenalah rotan.  Sebab tu budak-budak sekolah tu memang takut teruk kat Cikgu Maarof ni.  Tapi si Zaim, Faizal dan Amin dah tak kisah kena rotan.  Memang dah selalu kena.  Ha.  Ni makan dia.

Oleh kerana Kedah cuti hari Jumaat dan mereka boleh keluar outing, masing-masing berbincang nak pergi mana.  Sambil bincang, sambil keluar asap rokok dari mulut masing-masing.  Puh! Puh! 

Sedang mereka sedang leka berbincang, Zaim terdengar sesuatu.  Seperti bunyi seretan selipar di koridor dorm.  Zaim cepat-cepat padamkan rokok dan beritahu Faizal dan Amin.  Tapi Faizal dan Azim berdegil, buat bodoh je.

Tiba-tiba lampu dorm dihidupkan.  Kelihatan Cikgu Maarof dengan muka bengis memandang ke arah mereka bertiga.  Tetapi Cikgu Maarof tidak nampak apa yang mereka lakukan kerana dilindungi locker.

"Cikgu Maarof la gila.. Cepat matikan rokok." kata Faizal.  Mereka cepat-cepat buang rokok ke luar tingkap kecuali Zaim yang terlebih dahulu alert dengan bunyi seretan selipar tadi.

"Woi! Hampa bertiga mai sini!!!" jerit Cikgu Maarof.  Memanggil budak tiga orang tu ke pintu masuk dorm.

"Hampa buat apa kat belakang?! Hampa hisap rokok noh!!  Hampa nak kena tibai dengan aku??!" tegas Cikgu Maarof.  Zaim, Faizal dan Amin yang kini berada di depan cikgu.

"Baik hampa mengaku, hampa buat apa kat belakang tadi!?  Hampa tok usah nak muhong aku!  Aku taw apa hampa dok buat kat belakang tadi!!!" tegas Cikgu Maarof dengan loghat utaranya.

"Mana ada cikgu.. Kami dok sembang kat belakang tadi.. Mana ada kami hisap rokok.." Zaim mula bersuara.  Si Faizal dan Amin hanya memandang Zaim.  Zaim buat muka tak bersalah.

"Ha'a cikgu. Kami tak hisap rokok.." Amin pula bersuara.

"Hampa jangan dok tipu! Mai sini tangan!"  herdik Cikgu Maarof sambil menghidu tangan Amin, diikuti dengan Faizal.

"Hampa tipu aku noh! Bau rokok ni! Kuang ajaq!" tengking Cikgu ke arah mereka. 

Tiba giliran Zaim.  Cikgu hidu tangan Zaim. Pelik.  Tak bau rokok.  Bau tangan Zaim seperti bau kari.

"Tangan hang pulak bau kari.  Betoi ka hang tak hisap rokok tadi?!  Hang jangan nak muhong aku!" tanya cikgu penuh marah.

"Betul cikgu.  Saya tak hisap rokok tadi." tegas Zaim

Akhirnya.  Faizal dan Amin dirotan sebanyak 3 kali di telapak kaki.  1 kanan.  2 kali belah kiri.  Kerana kesalahan balik hostel tanpa izin dan hisap rokok.  Zaim pula hanya kena rotan 1 kali sahaja kerana balik hostel tanpa izin.  Setelah puas merotan, Cikgu Maarof mengarah budak-budak tu ke masjid.  Suruh baca yassin dan solat Isyak sekali.

"Minta maaf cikgu.." kata budak tiga orang tu serentak lalu bergerak ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, Faizal dan Amin berasa pelik dengan apa yang berlaku pada Zaim tadi.  Rasa cemburu pon ada sebab diorang kena rotan lebih.

"Ape pasal ko tak kantoi buri tadi? Kenapa tangan ko boleh bau kari pulak? Tadi kat dewan makan, kita makan ayam masak kicap.  Celah mana pulak ko dapat kari?"  tanya Amin beriya-iya.

"Korang nak taw kenapa tangan aku bau kari.  Bila aku dengar bunyi selipar seret tadi, aku terus buang rokok.  Kan lepas tu aku dah gtau korang yang ada orang nak datang kat kita.  Korang degil.  Lepas aku buang rokok tu, aku kumuh air oren kat locker aku pastu aku korek bontot aku puas-puas biar hilang bau rokok.  Kan tadi gelap.  Mana korang nak nampak.  Haha.." jelas Zaim.

"Pengotor la sial ko ni. Eeeyerkk! Bengong!" kata Amin.

"Tapi bagus gak ko buat camtu.  Cikgu Maarof dah terkono.  Seronok dia hidu bau kat tangan ko tadi. Bau bontot ko. Hahahaha...." kata Faizal diiringi oleh gelak ketawa mereka bertiga.

 

Wednesday, 26 September 2012

Futsala FC

7 pemain

Ada yang minat Johor FC

Ada yang minat Kelantan

Ada yang minat Perlis

Ada yang minat Liverpool

Ada yang minat Barca

Ada yang minat Real

Ada yang minat Man U

Ada yang minat Arsenal

Ada yang minat Chelsea

Tapi bila dalam satu team

Kami bersatu

Baju dah sama

Dah macam Boy Band 

Dah macam Boria

Baju hijau tu tukang karang

Dah macam Dikir Barat

Baju hijau tu tukang karut

Yang lain tu awok-awok


Selamat maju jaya

FUTSALA FC

Monday, 24 September 2012

Termenung

Di satu sudut aku termenung
Merenung jauh, sejauh yang mungkin
Mengingati kisah silam
Segala apa yang telah ku lalui
Segala apa yang telah ku tempuhi
Ada suka, ada duka

Hidup ini tak semestinya indah belaka
Kadangkala hidup ini penuh dengan sengsara
Namun setiap hal pasti ada jalan
Setiap jalan pasti ada pilihan
Pilihan itu lah yang membawa kita ke arah yang lebih baik atau sebaliknya
Kita sendiri yang tentukan

Bila kita gagal, tak semestinya akan terus gagal
Bila kita berjaya, jangan lupa siapa kita
Yang harum tak akan terus mewangi
Yang bangar tak akan terus membusuk
Lama-kelamaan akan hilang baunya

Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran
Yang membenihkan rasa keinsafan
Bukan satu alasan untuk tidak berubah
Luka lama tak akan terus parah
Pasti sembuh jika mampu dirawat

Nukilan ini ku hadiahkan untuk kamu
Agar jangan kau sentiasa bersedih
Nikmatilah hidup ini dengan kegembiraan
Perit mana pun kau lalui
Pedih mana pun kau hadapi
Tuhan masih ada di sisi
Jangan kau lupa pada yang maha mengetahui

Aku berhenti termenung
Aku pejamkan mata, tidur
Dengan doa dan harapan agar esok akan menjadi yang lebih baik
Dan semoga Tuhan sentiasa permudahkan segala urusan

-Izzat Norkhalim-

Saturday, 22 September 2012

Puisi Tentang Seseorang

I run to the forest then I sing
I run to the beach and I loud
It is so quiet
I hate being quiet and alone

I want to be at a market
I'm bored with being tired
I want to get rid of you, darkness
I feel covered with soot if I'm alone

Just smash the glass to make a noise
Let them howl, until there is a tumult!
Oh.. I can see an angel weaving
On the wall of a white palace

Why not just swing the bell
Until it winces!
Or should I run to the forest
Turn to the beach

________________________________________________________________________

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci

Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai?

Hasil karya: Melly Goeslaw