"Minggu paling busy pernah dirakamkan dalam sejarah peradaban manusia."
Aku pinjam kata-kata dari member aku.. Azim.. Yang duduk di sebelah aku.. Sedang study..
Ya.. Memang minggu ini adalah minggu yang busy buat aku, azim dan sebilangan rakan-rakan ku yang lain..
Banyak benda yang perlu disiapkan minggu ni.. Macam-macam yang perlu difikirkan.. Sampai member aku sorang lagi, Adib perasan yang muka aku sangat kusut..
"Senangnya nak baca emosi kau tat...."
Aku ingat lagi kata-kata si member aku sorang ni.. Emosi aku ni terlalu mudah untuk dibaca.. Betolkah?
Atau aku sahaja yang tak perasan.. Sedangkan member-member aku yang lain semuanya masak belaka dengan perangai aku ni.. Mungkin aku terlalu emosi memikirkan kerja-kerja dan jadual harian yang semakin padat.. Aduh... Mengalahkan aktor.. Tahi!!!
Saat aku begitu kusut dan bertambah kusut, maka sesetengah member aku semua memberi nasihat dan cadangan bagaimana nak tempuhi segala cabaran hidup ni..
Nah.... Waktu inilah kita dapat tahu siapa kawan kita bila kita dalam kesusahan.. Ketawa bersama.. Sedih pon bersama.. Nampak tak permainan dia?
Aku bersyukur kerana punyai ramai member-member yang faham perasaan aku.. Walaupun aku tak luahkan pada mereka sepenuhnya.. Terima kasih...
Sekarang aku perlu kuatkan semangat.. Walaupun sumber inspirasi hidup seakan hilang.. Namun aku bersyukur aku punyai member, kawan, sahabat yang memahami..
Satu-persatu kerja perlu aku siapkan.. Dah settle semua, kita bergembira sama-sama ya kawan-kawan...
Wednesday, 12 September 2012
Monday, 10 September 2012
KEPUTUSAN
Keputusan...
Suatu hasil yang harus diputus oleh sesetengah pihak..
Oleh sesetengah orang..
Keputusan itu kadangkala ditunggu dalam jangka masa yang lama..
Adakalanya hanya seketika..
Ada keputusan yang adil dan ada juga yang hanya memberi untung kepada
sebelah pihak sahaja..
Keputusan kadang-kadang memberi kebahagiaan, kegembiraan dan
kepuasan kepada semua orang..
Namun ada juga yang memberi keburukan, kesedihan dan keperitan..
Kerana disebabkan keputusan..
Ada yang bersorak riang, berparti siang malam, membuat kenduri kesyukuran
atau paling tidak, hanya tersenyum keseorangan..
Namun ada juga yang menangis, memberontak, berperang sesama insan dan
ada juga yang sanggup bunuh diri..
Ada yang suka akan keputusan yang diperolehi dan ada yang membenci..
Walau apa pun yang terjadi.. Walau baik buruknya keputusan itu..
Harus diingat.. Terimalah dengan hati yang terbuka.. Tuhan sentiasa bersama kita..
Jangan pernah melupakanNya..
Saturday, 8 September 2012
Malam Ini dan Esok
Malam ini aku menyendiri
Setelah puas melarikan diri
Ku terkenang sejenak
Saat indah kita masa lalu
Ku rancang itu
Ku rancang ini
Akhirnya satu pun tidak menjadi
Rasa kecewa menyelubungi diri
Selama ini ku mencari rezeki
Untuk kesenangan kita nanti
Namun apa yang ku dapat
Sakit perit pedih yang tak bisa diungkapkan
Biarpun di luar nampak happy
Di dalam tiada yang dapat mengerti
Apa lagi harus ku katakan
Kerana Tuhan saja yang menentukan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga
Walaupun tubuh semakin lemah
Nafas semakin layu
Ku cuba kuatkan diri
Ku cuba terima kenyataan ini
Sepuntung rokok menjadi teman
Menemani ku merintih keseorangan
Ku berdoa pada Tuhan
Agar hidup ini dipermudahkan
Hidup ini memang palat
Tapi esok masih ada
Apabila semua seakan hilang
Ingatlah bahawa masa depan masih ada
Friday, 7 September 2012
Menongkat Pipi.. Angau Alert!
Jam tepat pukul 2.44 pagi..
Masih belum tidur..
Mata masih belum kuyu..
Ku buka youtube.com..
Ku search Izara Aishah..
Ku klik "Eh! April CoverShoot Izara Aishah.mov"
Ku bukak fullscreen..
Ku tonton penuh minat..
Kedua belah tangan menongkat pipi..
Layan hingga tamat..
Japgi nak tidur..
Dengan harapan Izara hadir dalam mimpiku.. Sambil ngorok..
Ya... Angau melanda jiwa..
Amboih...
Thursday, 6 September 2012
Kuku Kaki Ku Cagu
Berehat sebentar di ruang tamu rumah ku...
Melihat pemandangan hutan konkrit dan awan mendung..
Ku merasai sesuatu..
Rasa gatal menyelubungi ibu jari kaki kiri ku..
Ahh.. Ini CAGU..
Pasti gara-gara kasut aku yang sempit itu..
Kaki ku saiz 8, namun kasut yang saiz 7 itu ku pakai juga..
Nah!! Terimalah akibatnya..
Aku tiada tahan lagi..
Aku ambil jarum..
Ku cucuk-cucuk kawasan yang bengkak itu..
Biar nanahnya meleleh keluar..
Namun rasa gatal masih belum hilang..
Ku ambil gunting, ku gunting daging di ibu jari kaki kiri yang membengkak itu..
Lega sedikit..
Tapi aku belum puas hati..
Kuku ini penyebab aku merasa seksa menahan gatal..
Ku ambil Screwdriver Pipih..
Ku kopak-kopakkan, ku tanggalkan kuku itu dari jari ini..
Kepingan kuku itu ku buang ke luar tingkap..
Darah, nanah meleleh..
Bau busuk mula singgah ke hidung ku..
Walaupun sakit, aku sangat puas hati..
Cagu telah tiada, hati gembira...
Sunday, 2 September 2012
Lagu Untukmu (Cover)
Menggedik waktu jamming.. Dirakam Oktober 2011.. Enjoy!
Wednesday, 11 July 2012
4 bulan punya cerita
Assalamualaikum...
Wahh.. lama x layan blog ni..
Kalo layan pon, bukan ade org nak pon baca blog ni..
Ahhh!!! Persetankan saja.. Haha..
Dalam masa 4 bulan ni macam-macam dah aku tempuhi..
Daripada Jamming hingga dah berani masuk Battle Of The Band..
Daripada Exam hingga dah dapat result..
Daripada Masuk kerja hingga dah nak berhenti (hujung bulan ni)..
Daripada buat 'short sem' hingga dah nak exam (minggu depan)..
Dan macam-macam lagi..
Sem 3 punya result.. Alhamdulillah syukur.. keputusan boleh dikatakan 'atas pagar'..
Malas nak gtaw punca result aku 'down' sem 2 dan sem 3 lepas.. untuk budak-budak yang sekelas ngan aku, mereka pasti tahu mengapa puncanya kerana sebilangan besar pon terkena tempiasnya pun.. malahan ada yang lebih terok..
OK.. sem lepas punya cerita, aku dah tutup buku.. Minggu depan final exam utk short sem pulak.. Ada orang ckp, aku amek short sem ni sbb aku repeat subjek.. hoho.. sori sikit.. aku amek short sem ni sbb dpt la kurangkan beban full sem nanti.. dah amek short sem ni, maka kurang la sikit subjek yang perlu diambil..
lg banyak amek, silap-silap lagi cepat aku abeskan pengajian.. tapi tu semua x kan berlaku sebab pihak UNI aku cuma hadkan 3 subjek saja utk short sem ni.. Aku apply 2 subjek tp satu je yg aku dpt.. Papepon wish me luck dan doakan aku agar aku dapat jawab exam dgn hati yang tenang..
Cukup setakat ni dulu.. ada masa lagi, aku bloggin lg.. Kepada kawan-kawan di luar sana.. "Buat pape biarlah ikhlas, dan jangan harap org puji kita bila berbuat sesuatu.. Kalau hati ikhlas, org akan senang ngan kita" pesanan dari Dato Dr Hajjah Fadzilatun 'Come to me'...

Subscribe to:
Posts (Atom)