Wednesday, 14 November 2012

Johor Trip - Edisi Hujung Benua

Hujung minggu yang lepas. Aku menyertai rakan-rakan ku ke Pontian, Johor. Selalunya kalau trip jauh-jauh ni mesti ada kenduri kahwin. Tapi nak jugak selitkan event jalan-jalan sebab dah alang-alang berjalan jauh. Kali ini kenduri kahwin Arif, abang kepada member aku si Adib ni. Kami mula bergerak pada hari Sabtu tengah hari. Pergi tiga kereta. Tapi 1 kereta ni gerak lambat sikit. Jadi pada mulanya kami berkonvoi 2 kereta sahaja. Dalam perjalanan ke Pontian, aku ajak kawan-kawan singgah di R&R Pagoh. R&R Pagoh ni salah sebuah R&R faveret aku. Sebab ada Nasi Ambeng. Kalau turun Johor, mesti singgah R&R Pagoh ni. Nasi Ambeng ni memang sedap bagi aku. Lauk pon complete. Ada nasi, ayam kicap, serunding, mee goreng, sayur tempe dan ikan masin a.k.a gereh.

Nasi Ambeng Pagoh - RM 4.00


Sambil tu sempat lagi layan pemandangan indah dari R&R Pagoh.



Kami teruskan perjalanan. Dan tiba di Pekan Pontian pukul 9 malam. Malam tu kami lepak-lepak dulu sambil melayan bola. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan rumah Adib. Terima kasih Adib sekeluarga kerana susah-payah carikan homestay untuk kami. Sangat selesa. Aku tidur dengan nyenyak.

Keesokan harinya kami melakukan aktiviti trekking, bergambar dan ngeteh di Tanjung Piai bagi mengisi masa terluang kami di pagi hari. Salah satu sebab mengapa aku teruja nak ke Pontian sebab aku nak ke Penghujung Tanah Besar Benua Asia. Boleh bergambar sebanyak mungkin. Perjalanan dari Pekan Pontian ke Tanjung Piai hanya 21km sahaja. Sebelum sampai ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami sempat singgah ke kedai keropok lekor yang tak jauh dari tempat yang kami tuju.




Keropok Lekor Tanjung Piai - RM1 (4 batang)


Perut kenyang. Penuh dengan keropok lekor. Senang hati. Jadi kami teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Taman Negara Johor Tanjung Piai - Penghujung Tanah Besar Benua Asia.


Kami dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk masuk ke sini. Rasa sangat teruja bila berada di penghujung tanah besar benua asia. Walaubagaimanapun kami terpaksa meredahi hutan paya bakau sepanjang 600m untuk sampai ke penghujung jalan.


 
 


Dan akhirnya. Inilah muka-muka teruja bila dah berada di penghujung tanah besar benua asia.

 
 
 
 
 


Dah puas trekking dan bergambo, kami menuju pulang ke homestay untuk bersiap ke kenduri Arif. Lepak lama jugak kat kenduri sebab lepas kenyang makan, kami melayan orang karaoke dan teka-teki. Keluarga Adib memang happening. Manakan tidak, adik-beradik dia 13 orang. Memang ramai. Kami sempat juga bergambar dengan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.





Lepas pergi kenduri. Kami bergerak ke Johor Bahru. Dalam perjalanan ke Johor Bahru, kami sempat singgah ke Nusajaya. Bandar kerajaan negeri Johor. Pertama kali aku ke sana. Sangat teruja dengan segala pembangunan di negeri Johor. Maklumlah,  setahun cuma berapa kali balik Johor. Balik Johor pon tak sempat nak berjalan merata. Kali ni dapat berjalan, dapat la tengok apa yang terbaru kat Johor Bahru ni. Dan selalunya kalau turun Johor Bahru, aku jarang drive. Jadi tak tahu jalan sangat. Kali ini aku dapat drive kereta Myvi aku sendiri. Dapat belajar jalan kat Johor Bahru.

 
 
 

 Lepas melayan pemandangan di Nusajaya dan di Puteri Harbour, kami terus bergerak ke Tepian Tebrau. Suka sangat dengan Tepian Tebrau ni bila turun Johor Bahru. Sebab pada aku, ikan bakar kat sini adalah ikan bakar paling marvellous in the world. Tip-Top Ikan Bakar nama diberi. Sekali lagi aku buat mama abah aku jeles bila mereka dapat tahu aku makan kat sini. Kat sini ada banyak lagi makanan yang best selain ikan bakar. Lala, Kupang, Tauhu Bakar, Ca Koi Bakar, Sotong Kangkung, Kerang Rebus. Kena pulak dengan air cikong, ABC, Jelly, Longan.

 
 


Sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami sempat melayan ice blended di Restoran Zorro. Member aku mengatakan bahawa ice blended dia sana sedap-sedap belaka. Aku order Chocolate Zorro Ice Blended. Sedap. Kalau ada pearl macam Cool Blog tu lagi sedap. Harga pun murah. Lepak kat sini pon best.

 


Sebelum mengakhiri nukilan kali ini, aku ingin meminta maaf kepada saudara mara ku yang berada di Johor kerana tak sempat jumpa, tak sempat melawat kerana terpaksa rushing balik ke Kuala Lumpur. Dan kerana aku ke Johor kali ini bersama rakan-rakan, maka aku tak dapat bersama kalian. Balik Johor tanpa sempat berjumpa dengan keluarga dan saudara mara adalah satu kekurangan bagi aku. InsyaAllah ada kesempatan, aku ke Johor lagi.










No comments:

Post a Comment