Friday, 23 November 2012

Ada Apa Dengan Sepuluh Ringgit

Ada apa dengan Sepuluh Ringgit?

Makan buffet semurah RM10. 
Kenyang perut, senang hati.


Isi petrol 8 liter dengan harga RM10.
Pasti ini yang dinanti-nanti.


Tambang teksi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan harga RM10
Berbaloi walau ianya mustahil.


Hadiah ulang tahun perkahwinan dengan harga RM10.
Marah. Jika pasangan anda tahu.


Masuk tandas dengan harga RM10.
Takkan masuk. Sudah tentu.


Penginapan hotel semurah RM10 satu malam.
Pasti ada yang serbu.

 
Derma RM10 ke Tabung Palestin.
Besar manfaatnya.


Ya. Dengan RM10 ini ada benda yang kita suka. Ada yang tidak. 
Jika kita rasa ianya berbaloi, pasti kita akan gunakan RM10 itu ke jalan yang betul atau sebaliknya.
Namun dengan menderma RM10 ke Tabung Palestin. Walaupun kita rasa nilainya kecil, tapi besar manfaatnya bagi kita sesama Islam. InsyaAllah dengan RM10 yang kita dermakan, akan mendapat keberkatan daripada Allah. Dan semoga kita dapat membantu dan mengurangkan beban saudara seIslam kita di Palestin.

Sumbangan & Derma melalui Tabung Aman Palestin
| Bank Islam: 12029010047880 |
| Maybank : 562263010787 |
| CIMB Islamic : 12150001242107 |
| Bank Muamalat : 12070005133717 |

atau

taip PALESTIN<jarak>nilai derma dan hantar ke 39111(Aman Palestin)
eg: PALESTIN 1 (nilai derma RM1) / PALESTIN 10 (nilai derma 10)
Nilai derma ini akan ditolak dari kredit samada yg pkai prepaid atau line.

Apa lagi. Mulakan langkah membantu Palestin.
Hidup Palestin! Hidup Islam!
Hapus Israel!
Free Gaza! Free Palestine!



Friday, 16 November 2012

Nasi Beriyani Abah

Nasi Beriyani Abah. Tersangatlah superb. Kalau buat meniaga, aku percaya boleh kalahkan Nasi Beriyani Power Batu Pahat. Boleh kalahkan Nasi Beriyani Gam Mat Shah Peserai. Boleh kalahkan Nasi Beriyani Anje Bangi. Boleh kalahkan Nasi Beriyani An-nur Kampung Baru. Boleh kalahkan Nasi Beriyani Gam Putrajaya. Dan segala Nasi Beriyani yang ada di Malaysia. Malah di seluruh dunia. Kerana apa? Kerana masakan Nasi Beriyani Abah ni disulami dengan penuh kasih sayang dan ikhlas seorang bapa yang mahu hidangkan untuk anak-anaknya, saudara-maranya dan jiran tetangga. Dua hari lepas, aku berjaya menikmati Nasi Beriyani Abah sebagai hidangan makan tengah hari. Alhamdulillah. Nasi Beriyani featuring Beriyani Daging & Telur Rebus, Beriyani Ayam, Pajeri Nenas. Dan Bandung Soda menjadi penutup tirai.

 
 
 
 
 


Dan perkenalkan. My Masterchef. My Abah. My Hero.


Wednesday, 14 November 2012

Johor Trip - Edisi Hujung Benua

Hujung minggu yang lepas. Aku menyertai rakan-rakan ku ke Pontian, Johor. Selalunya kalau trip jauh-jauh ni mesti ada kenduri kahwin. Tapi nak jugak selitkan event jalan-jalan sebab dah alang-alang berjalan jauh. Kali ini kenduri kahwin Arif, abang kepada member aku si Adib ni. Kami mula bergerak pada hari Sabtu tengah hari. Pergi tiga kereta. Tapi 1 kereta ni gerak lambat sikit. Jadi pada mulanya kami berkonvoi 2 kereta sahaja. Dalam perjalanan ke Pontian, aku ajak kawan-kawan singgah di R&R Pagoh. R&R Pagoh ni salah sebuah R&R faveret aku. Sebab ada Nasi Ambeng. Kalau turun Johor, mesti singgah R&R Pagoh ni. Nasi Ambeng ni memang sedap bagi aku. Lauk pon complete. Ada nasi, ayam kicap, serunding, mee goreng, sayur tempe dan ikan masin a.k.a gereh.

Nasi Ambeng Pagoh - RM 4.00


Sambil tu sempat lagi layan pemandangan indah dari R&R Pagoh.



Kami teruskan perjalanan. Dan tiba di Pekan Pontian pukul 9 malam. Malam tu kami lepak-lepak dulu sambil melayan bola. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan rumah Adib. Terima kasih Adib sekeluarga kerana susah-payah carikan homestay untuk kami. Sangat selesa. Aku tidur dengan nyenyak.

Keesokan harinya kami melakukan aktiviti trekking, bergambar dan ngeteh di Tanjung Piai bagi mengisi masa terluang kami di pagi hari. Salah satu sebab mengapa aku teruja nak ke Pontian sebab aku nak ke Penghujung Tanah Besar Benua Asia. Boleh bergambar sebanyak mungkin. Perjalanan dari Pekan Pontian ke Tanjung Piai hanya 21km sahaja. Sebelum sampai ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami sempat singgah ke kedai keropok lekor yang tak jauh dari tempat yang kami tuju.




Keropok Lekor Tanjung Piai - RM1 (4 batang)


Perut kenyang. Penuh dengan keropok lekor. Senang hati. Jadi kami teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Taman Negara Johor Tanjung Piai - Penghujung Tanah Besar Benua Asia.


Kami dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk masuk ke sini. Rasa sangat teruja bila berada di penghujung tanah besar benua asia. Walaubagaimanapun kami terpaksa meredahi hutan paya bakau sepanjang 600m untuk sampai ke penghujung jalan.


 
 


Dan akhirnya. Inilah muka-muka teruja bila dah berada di penghujung tanah besar benua asia.

 
 
 
 
 


Dah puas trekking dan bergambo, kami menuju pulang ke homestay untuk bersiap ke kenduri Arif. Lepak lama jugak kat kenduri sebab lepas kenyang makan, kami melayan orang karaoke dan teka-teki. Keluarga Adib memang happening. Manakan tidak, adik-beradik dia 13 orang. Memang ramai. Kami sempat juga bergambar dengan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.





Lepas pergi kenduri. Kami bergerak ke Johor Bahru. Dalam perjalanan ke Johor Bahru, kami sempat singgah ke Nusajaya. Bandar kerajaan negeri Johor. Pertama kali aku ke sana. Sangat teruja dengan segala pembangunan di negeri Johor. Maklumlah,  setahun cuma berapa kali balik Johor. Balik Johor pon tak sempat nak berjalan merata. Kali ni dapat berjalan, dapat la tengok apa yang terbaru kat Johor Bahru ni. Dan selalunya kalau turun Johor Bahru, aku jarang drive. Jadi tak tahu jalan sangat. Kali ini aku dapat drive kereta Myvi aku sendiri. Dapat belajar jalan kat Johor Bahru.

 
 
 

 Lepas melayan pemandangan di Nusajaya dan di Puteri Harbour, kami terus bergerak ke Tepian Tebrau. Suka sangat dengan Tepian Tebrau ni bila turun Johor Bahru. Sebab pada aku, ikan bakar kat sini adalah ikan bakar paling marvellous in the world. Tip-Top Ikan Bakar nama diberi. Sekali lagi aku buat mama abah aku jeles bila mereka dapat tahu aku makan kat sini. Kat sini ada banyak lagi makanan yang best selain ikan bakar. Lala, Kupang, Tauhu Bakar, Ca Koi Bakar, Sotong Kangkung, Kerang Rebus. Kena pulak dengan air cikong, ABC, Jelly, Longan.

 
 


Sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami sempat melayan ice blended di Restoran Zorro. Member aku mengatakan bahawa ice blended dia sana sedap-sedap belaka. Aku order Chocolate Zorro Ice Blended. Sedap. Kalau ada pearl macam Cool Blog tu lagi sedap. Harga pun murah. Lepak kat sini pon best.

 


Sebelum mengakhiri nukilan kali ini, aku ingin meminta maaf kepada saudara mara ku yang berada di Johor kerana tak sempat jumpa, tak sempat melawat kerana terpaksa rushing balik ke Kuala Lumpur. Dan kerana aku ke Johor kali ini bersama rakan-rakan, maka aku tak dapat bersama kalian. Balik Johor tanpa sempat berjumpa dengan keluarga dan saudara mara adalah satu kekurangan bagi aku. InsyaAllah ada kesempatan, aku ke Johor lagi.










Friday, 2 November 2012

Halden 'Heaven' Prison

Hakim: Izzat. Anda telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Anda akan dibawa ke Penjara Halden bagi menjalani hukuman tersebut.

Aku: SENYUM!!!


Andai kata aku melakukan kesalahan.
Dihukum penjara.
Masukkanlah aku ke Penjara Halden, Norway.
Kerana:


Tempat tidur yang selesa. Siap ada Mini-LCD dan Mini fridge.








Bilik air yang selesa. Private bathroom okay! Dapat sorang satu.






Ada studio. Boleh jamming! Siap ada kelas muzik.






Ada pusat rekreasi dan gimnasium. Wall climbing pon ada. Main sampai tercabut bahu pon tak ada masalah.






Rawatan gigi. Percuma! Nak pasang braces 2-3 kali pon boleh. Nak ngorat dentist pon boleh.


Selain makan free, pegawai yang menjalankan tugas sangat mesra dengan penghuni penjara.Boleh buat kawan mahupun pakwe/makwe. Pegawai di situ tidak membawa pistol. Malah mereka lebih mengesyorkan agar pesalah mengamalkan gaya hidup yang sihat.




p/s: Kalau nak buat jahat. Buat kat Norway. Hanya di Norway.