Isnin malam Selasa.. Malam yang boleh dikatakan awesome bagiku... Bermula dengan pukul 8 malam, aku balik dari kampus.. Badan terasa lemau.. Lemau selemau kuih bangkit yang dah masuk angin.. Bukak je pintu rumah, aku mengalihkan pandangan ke arah laptop aku.. Wah!!! Aku terkejut, gembira dan yang sama rasa dengannya.. Ada parcel yang dikirimkan khas untuk ku.. Aku dapat mengagak siapa yang bagi.. Apa isi kandungannya.. Semestinya wallet JOHO yang baru ku beli melalui online order yang telah ku tempah Jumaat yang lepas..
Aku tidak sabar nak bukak parcel tu, memang excited teruk.. Tapi ku tahan rasa teruja ku untuk membuka parcel tu buat seketika.. Aku nak bukak depan-depan kekasih hati ku, Amni.. Nak kongsi perasaan excited teruk aku dengannya.. Nak tunjuk kat dia face 2 face pon tak boleh, sebab aku berada di Kuala Lumpur dan Amni berada di Melbourne.. Ya Melbourne.. Salah sebuah ibu kota yang terkenal di Australia.. Amni belajar di sana.. Kami hanya berkomunikasi melalui Skype dan Whatsapp... Itu saja aplikasi yang boleh mengubat rindu antara kami berdua.. Nak ke sana, tak mampu.. huhuhu...
Aku on laptop aku sebab nak skype ngan dia.. Nak buat video call.. Nak tunjuk depan-depan dia walaupon aku sendiri pon belom tau lagi rupa bentuk wallet tu macam mana.. Beberapa minit kemudian, aku terus on Skype.. Sebelum tu memang dah ajak Amni skype.. Ada surprise kata ku.. hehe.. 2-2 dah on Skype.. Tenet agak slow, merumitkan keadaan nak buat video call.. Damn!!! Cuba lagi skali... Kali ni dia pulak yang call.. Yeah... Kali ini berjaya.. Kami saling menatap wajah di skrin laptop masing-masing.. Haha.. Tudia! Tudia! Jiwang Teruk...
Okay.. Cerita panjang x guna.. Padahal dah 3 perenggan & masih belom bukak parcel lagi.. haha.. Here we go... Bukak je parcel, ada kotak JOHO.. Lawa.. Sangat eksklusif.. Aku dan Amni masing-masing sungguh teruja.. Lalu ku buka kotak JOHO tersebut.. YES!!! Wallet JOHO!!! Finally!!! Hahaha... Seronok, excited, teruja nak mampos aku bila dapat wallet ni... Aku dan Amni excited teruk.. Aku tunjuk setiap permukaan wallet tu... Dalam & luar aku tunjuk.. Dia suka.. Aku lagi la suka.. Cuma satu je benda yang buat kami down seketika.. Wallet ni xde tempat letak gambor.. Memang niat aku nak beli wallet baru sebab nak ganti wallet lama aku yang telah uzur dan nak letak gambor aku,amni,mama,abah & adik.. Hajat xkesampaian.. Nak buat camne, dah beli.. Pakai je la.. Letak je la gambor-gambor diorg tu dalam wallet tu.. Bila rindu, keluarkan gambor tu dari wallet, tatap la seberapa mana yang aku nak, lepastu letak la balik.. hehehe...
Lepas sesi menunjuk wallet baru, kami chat seperti biasa.. Lepas rindu la katakan.. Walawei.. Okay done with the chatting story.. Biasala.. Love Story, mesti ending nak epi-epi.. haha... Makan megi lepas tu siap-siap nak pergi futsal.. Yes futsal.. Salah satu aktiviti yang boleh buat peluh aku keluar dengan bertubi-tubi.. Kalo baju ni rasa x basah sampai tahap boleh perah penuh satu gayong, aku xkan berenti.. Hahaha...
Done dengan aktiviti berfutsalan, aku dan housemates aku, azim dan abe ngeteh di bawah rumah.. Waktu tu aku ceritakan balik bertapa awesomenya pergi CM weekend lepas.. Aku siap ajak azim buat fanzine.. Azim ni memang terer lukis.. Cakap je lukis ape, dia boleh buat.. Yang bestnya si mangkok azim ni, dia memang org seni.. Tangan dah macam orang kena parkinson.. Menggigil-gigil.. Tapi pandai terer lukis & mahir buat figure pakai plastesin @ playdoh.. Mungkin org lain rasa biasa je, tapi kemahiran azim ni sangat awesome..
Dah la.. Cukup la sekadar aku meluahkan perasaan teruja aku malam ini dengan satu cerpen yang 5-6 perenggannya.. Tulis panjang-panjang pon bukan orang nak baca.. Aku bukannya penulis novel atau cerpen.. Tapi aku memang menuju ke arah itu.. Tulis je apa yang aku rasa.. Mampos la orang nak suka ke x.. Aku peduli hape.. haha.. K la.. Dah pagi buta dah ni.. Buta teruk... Sofa memanggil-manggil.. Tempat aku ngorok.. Tido berdengkur.. haha...
Selamat Tidur.. Selamat NGOROK...
kay ni sumpahhhhh lawak atat. hahahahhaa
ReplyDelete