Sunday, 2 December 2012

Aku Pelat

Aku pelat,
Tak bisa berbicara seperti kamu,
Lidah ku panjang berpintal-pintal.

Aku pelat,
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal

Aku pelat
Pelat bertepuk tangan tiada bunyi
Lidah terikat dia menyembunyi diri
Bertanya ditahan pendebatan ditelankan

Pada pokok diri daun kata berguguran
Tertutup banyak telah dipagarkan
Dari jari ke alat tulis semua mereka tepis
Siapakah mereka tepuk dada hey! tanyalah selera

Kita bangsa negara harus pandai berbahasa
Bertanya mengapa siapa bagaimana?
Punya akal fikiran tahu arah tujuan
Menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan

Masa depan bekalan diisi jika tahu manipulasi
Kata tiada disalah erti jangan sampai tergadai diri
Takut merana diri nanti
Dia pelat bertepuk tangan tiada bunyi

Aku pelat
Perbahasan jiwa jangan diendahkan
Jika malu bertanya kelak sesat jalan
Jangan dipegang sekatan yang dihidang
Rasa takut harus dibuang

Mari berfikir di luar kotak
Jangan menempurung bersama katak
Hebat seperti Jebat mereka lupa tuk berjabat
Dia si pelat sudah terlepas

Aku pelat
Tak bisa bicara agama seperti kamu
Tak bisa bicara cinta seperti kamu
Tak bisa bicara ekonomi seperti kamu
Tak bisa bicara politik seperti kamu

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat



Aku Pelat
Lyrics By JayTan, Eyza Bahra, ZionDread & Salam
Composed By Dj Fuzz

Saturday, 1 December 2012

Nasi Lemak Royale KL Style!

Kalau tak silap, bulan lepas aku ada ceritakan tentang Nasi Lemak Royale di Alor Setar, Kedah. Dan aku dengar di Kuala Lumpur pun ada branch Nasi Lemak Royale di area Ampang. Jadi baru-baru ini aku ditemani housemates pergi ke Taman Dagang, Ampang untuk merasai Nasi Lemak Royale edisi KL. Nak tahu juga ada tak beza nasi kat sini dengan kat Aloq Setaq.

Tempatnya agak eksklusif sebab lokasinya terletak di Tiara club house dan boleh makan tepi swimming pool. Tepi pool atau tidak, langsung tak menarik perhatian aku. Pandanganku fokus ke arah gerai Nasi Lemak Royale. Dan untuk pengetahuan pembaca, selain gerai Nasi Lemak Royale, ada juga gerai Burger Bakar, Nasi Ayam KL, Gerai Asam Pedas dan lain-lain lagi.




Berbeza dengan situasi di Kedah, Nasi Lemak Royale di KL tak perlu beratur panjang. Mungkin tak ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan gerai ini. Dan tatkala melihat lauk-pauk yang ada, ia agak terhad. Tak semua lauk yang ada sepertimana di Kedah. Jadi, pemilihan lauk agak terbatas.Jadi aku ambil lauk ayam goreng dan kobis. Harga RM5.50. Dengan harga sebegini di Kuala Lumpur, ia amat murah bagi aku.

 


Cuma. Ada dua tiga perkara yang aku tak puas hati. Air mahal. Teh Ais yang aku minum. Harganya RM3.00. Jus Buah harganya RM5.00. Nak park kereta pon kena bayar dengan kadar RM3.00 sekali masuk. Better aku parking di shoplots tepi area Tiara tu.

Kepada mereka yang mencari lokasi gerai Nasi Lemak Royale ini. Mudah saja. Kalau dari Dagang Avenue. Dagang Avenue di sebelah kiri. Terus sikit. Tiara Club House tu berada di sebelah kanan. Sebelum shoplots.

Nasi panas. Kuah Banjir. Lauk ayam dan Kobis. Complete. Dah makan. Habis. Namun, apa yang boleh ku katakan Nasi Lemak Royale di sini ada sedikit kekurangan berbanding yang original. Ya. Di mana saja juga begitu. Bila dah buka cawangan. Pasti ia agak kureng berbanding yang original. Tapi setakat nak lepaskan rindu, boleh la makan kat sini. Jadi aku cadangkan kepada rakan-rakan asal dari Kedah yang bermastautin di KL, inilah tempatnya.


p/s: Bob.. Try makan kat sini. Aku tak pasti sama ada kau suka atau tidak.

Friday, 23 November 2012

Ada Apa Dengan Sepuluh Ringgit

Ada apa dengan Sepuluh Ringgit?

Makan buffet semurah RM10. 
Kenyang perut, senang hati.


Isi petrol 8 liter dengan harga RM10.
Pasti ini yang dinanti-nanti.


Tambang teksi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan harga RM10
Berbaloi walau ianya mustahil.


Hadiah ulang tahun perkahwinan dengan harga RM10.
Marah. Jika pasangan anda tahu.


Masuk tandas dengan harga RM10.
Takkan masuk. Sudah tentu.


Penginapan hotel semurah RM10 satu malam.
Pasti ada yang serbu.

 
Derma RM10 ke Tabung Palestin.
Besar manfaatnya.


Ya. Dengan RM10 ini ada benda yang kita suka. Ada yang tidak. 
Jika kita rasa ianya berbaloi, pasti kita akan gunakan RM10 itu ke jalan yang betul atau sebaliknya.
Namun dengan menderma RM10 ke Tabung Palestin. Walaupun kita rasa nilainya kecil, tapi besar manfaatnya bagi kita sesama Islam. InsyaAllah dengan RM10 yang kita dermakan, akan mendapat keberkatan daripada Allah. Dan semoga kita dapat membantu dan mengurangkan beban saudara seIslam kita di Palestin.

Sumbangan & Derma melalui Tabung Aman Palestin
| Bank Islam: 12029010047880 |
| Maybank : 562263010787 |
| CIMB Islamic : 12150001242107 |
| Bank Muamalat : 12070005133717 |

atau

taip PALESTIN<jarak>nilai derma dan hantar ke 39111(Aman Palestin)
eg: PALESTIN 1 (nilai derma RM1) / PALESTIN 10 (nilai derma 10)
Nilai derma ini akan ditolak dari kredit samada yg pkai prepaid atau line.

Apa lagi. Mulakan langkah membantu Palestin.
Hidup Palestin! Hidup Islam!
Hapus Israel!
Free Gaza! Free Palestine!



Friday, 16 November 2012

Nasi Beriyani Abah

Nasi Beriyani Abah. Tersangatlah superb. Kalau buat meniaga, aku percaya boleh kalahkan Nasi Beriyani Power Batu Pahat. Boleh kalahkan Nasi Beriyani Gam Mat Shah Peserai. Boleh kalahkan Nasi Beriyani Anje Bangi. Boleh kalahkan Nasi Beriyani An-nur Kampung Baru. Boleh kalahkan Nasi Beriyani Gam Putrajaya. Dan segala Nasi Beriyani yang ada di Malaysia. Malah di seluruh dunia. Kerana apa? Kerana masakan Nasi Beriyani Abah ni disulami dengan penuh kasih sayang dan ikhlas seorang bapa yang mahu hidangkan untuk anak-anaknya, saudara-maranya dan jiran tetangga. Dua hari lepas, aku berjaya menikmati Nasi Beriyani Abah sebagai hidangan makan tengah hari. Alhamdulillah. Nasi Beriyani featuring Beriyani Daging & Telur Rebus, Beriyani Ayam, Pajeri Nenas. Dan Bandung Soda menjadi penutup tirai.

 
 
 
 
 


Dan perkenalkan. My Masterchef. My Abah. My Hero.


Wednesday, 14 November 2012

Johor Trip - Edisi Hujung Benua

Hujung minggu yang lepas. Aku menyertai rakan-rakan ku ke Pontian, Johor. Selalunya kalau trip jauh-jauh ni mesti ada kenduri kahwin. Tapi nak jugak selitkan event jalan-jalan sebab dah alang-alang berjalan jauh. Kali ini kenduri kahwin Arif, abang kepada member aku si Adib ni. Kami mula bergerak pada hari Sabtu tengah hari. Pergi tiga kereta. Tapi 1 kereta ni gerak lambat sikit. Jadi pada mulanya kami berkonvoi 2 kereta sahaja. Dalam perjalanan ke Pontian, aku ajak kawan-kawan singgah di R&R Pagoh. R&R Pagoh ni salah sebuah R&R faveret aku. Sebab ada Nasi Ambeng. Kalau turun Johor, mesti singgah R&R Pagoh ni. Nasi Ambeng ni memang sedap bagi aku. Lauk pon complete. Ada nasi, ayam kicap, serunding, mee goreng, sayur tempe dan ikan masin a.k.a gereh.

Nasi Ambeng Pagoh - RM 4.00


Sambil tu sempat lagi layan pemandangan indah dari R&R Pagoh.



Kami teruskan perjalanan. Dan tiba di Pekan Pontian pukul 9 malam. Malam tu kami lepak-lepak dulu sambil melayan bola. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan rumah Adib. Terima kasih Adib sekeluarga kerana susah-payah carikan homestay untuk kami. Sangat selesa. Aku tidur dengan nyenyak.

Keesokan harinya kami melakukan aktiviti trekking, bergambar dan ngeteh di Tanjung Piai bagi mengisi masa terluang kami di pagi hari. Salah satu sebab mengapa aku teruja nak ke Pontian sebab aku nak ke Penghujung Tanah Besar Benua Asia. Boleh bergambar sebanyak mungkin. Perjalanan dari Pekan Pontian ke Tanjung Piai hanya 21km sahaja. Sebelum sampai ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami sempat singgah ke kedai keropok lekor yang tak jauh dari tempat yang kami tuju.




Keropok Lekor Tanjung Piai - RM1 (4 batang)


Perut kenyang. Penuh dengan keropok lekor. Senang hati. Jadi kami teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Taman Negara Johor Tanjung Piai - Penghujung Tanah Besar Benua Asia.


Kami dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk masuk ke sini. Rasa sangat teruja bila berada di penghujung tanah besar benua asia. Walaubagaimanapun kami terpaksa meredahi hutan paya bakau sepanjang 600m untuk sampai ke penghujung jalan.


 
 


Dan akhirnya. Inilah muka-muka teruja bila dah berada di penghujung tanah besar benua asia.

 
 
 
 
 


Dah puas trekking dan bergambo, kami menuju pulang ke homestay untuk bersiap ke kenduri Arif. Lepak lama jugak kat kenduri sebab lepas kenyang makan, kami melayan orang karaoke dan teka-teki. Keluarga Adib memang happening. Manakan tidak, adik-beradik dia 13 orang. Memang ramai. Kami sempat juga bergambar dengan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.





Lepas pergi kenduri. Kami bergerak ke Johor Bahru. Dalam perjalanan ke Johor Bahru, kami sempat singgah ke Nusajaya. Bandar kerajaan negeri Johor. Pertama kali aku ke sana. Sangat teruja dengan segala pembangunan di negeri Johor. Maklumlah,  setahun cuma berapa kali balik Johor. Balik Johor pon tak sempat nak berjalan merata. Kali ni dapat berjalan, dapat la tengok apa yang terbaru kat Johor Bahru ni. Dan selalunya kalau turun Johor Bahru, aku jarang drive. Jadi tak tahu jalan sangat. Kali ini aku dapat drive kereta Myvi aku sendiri. Dapat belajar jalan kat Johor Bahru.

 
 
 

 Lepas melayan pemandangan di Nusajaya dan di Puteri Harbour, kami terus bergerak ke Tepian Tebrau. Suka sangat dengan Tepian Tebrau ni bila turun Johor Bahru. Sebab pada aku, ikan bakar kat sini adalah ikan bakar paling marvellous in the world. Tip-Top Ikan Bakar nama diberi. Sekali lagi aku buat mama abah aku jeles bila mereka dapat tahu aku makan kat sini. Kat sini ada banyak lagi makanan yang best selain ikan bakar. Lala, Kupang, Tauhu Bakar, Ca Koi Bakar, Sotong Kangkung, Kerang Rebus. Kena pulak dengan air cikong, ABC, Jelly, Longan.

 
 


Sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami sempat melayan ice blended di Restoran Zorro. Member aku mengatakan bahawa ice blended dia sana sedap-sedap belaka. Aku order Chocolate Zorro Ice Blended. Sedap. Kalau ada pearl macam Cool Blog tu lagi sedap. Harga pun murah. Lepak kat sini pon best.

 


Sebelum mengakhiri nukilan kali ini, aku ingin meminta maaf kepada saudara mara ku yang berada di Johor kerana tak sempat jumpa, tak sempat melawat kerana terpaksa rushing balik ke Kuala Lumpur. Dan kerana aku ke Johor kali ini bersama rakan-rakan, maka aku tak dapat bersama kalian. Balik Johor tanpa sempat berjumpa dengan keluarga dan saudara mara adalah satu kekurangan bagi aku. InsyaAllah ada kesempatan, aku ke Johor lagi.










Friday, 2 November 2012

Halden 'Heaven' Prison

Hakim: Izzat. Anda telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Anda akan dibawa ke Penjara Halden bagi menjalani hukuman tersebut.

Aku: SENYUM!!!


Andai kata aku melakukan kesalahan.
Dihukum penjara.
Masukkanlah aku ke Penjara Halden, Norway.
Kerana:


Tempat tidur yang selesa. Siap ada Mini-LCD dan Mini fridge.








Bilik air yang selesa. Private bathroom okay! Dapat sorang satu.






Ada studio. Boleh jamming! Siap ada kelas muzik.






Ada pusat rekreasi dan gimnasium. Wall climbing pon ada. Main sampai tercabut bahu pon tak ada masalah.






Rawatan gigi. Percuma! Nak pasang braces 2-3 kali pon boleh. Nak ngorat dentist pon boleh.


Selain makan free, pegawai yang menjalankan tugas sangat mesra dengan penghuni penjara.Boleh buat kawan mahupun pakwe/makwe. Pegawai di situ tidak membawa pistol. Malah mereka lebih mengesyorkan agar pesalah mengamalkan gaya hidup yang sihat.




p/s: Kalau nak buat jahat. Buat kat Norway. Hanya di Norway.