Thursday, 1 November 2012

Man VS Food - Williams Setapak

Mee Kungfu. Naan Cheese Gauda Caramel. Carbonara Bacon. Chicken Chop. Ribena Laici. Potion Besar. Gelas Besar. Sangat sedap. Tiga orang makan. Empat dish. Member tak habis makan. Aku la yang jadi 'Majlis Perbandaran'. Harga set. RM20 makan dan air. Kenyang seharian. Cubalah. 
Hanya di Williams Setapak.


Sumber gambar: Al-Ahnaf

Syukur DuaPuluhTiga











31/10/2012. Genap umurku 23 tahun. Terima kasih kepada semua yang mengingati, mendoakan dan memberi inspirasi selama aku hidup.

Terima kasih Abah. Terima kasih Mama.

Oh ya. Terima kasih Google. Kih3.

Wednesday, 31 October 2012

Makan-makan Di Alor Setar

Alhamdulillah. Selamat sampai KL dua hari lepas. Di Kedah, banyak tempat makan yang dah aku berjaya pergi. Tapi tak semua tempat dapat pergi sebab ada yang tutup sebab cuti Raya Aidiladha. Secara ringkas. Ni je tempat makan yang aku boleh recommend kalau korang berada di Alor Setar. Tapi yang dah memang dok Alor Setar, sila abaikan post ni sebab memang korang selalu pergi pon kan. Heeee....

Restoran Nasi Kandar Ramli, Simpang Empat.

Restoran Nasi Kandar yang diusahakan oleh usahawan Melayu, Tuan Haji Ramli ini terletak di Pekan Simpang Empat. Jalan menuju ke Kota Sarang Semut. Ia beroperasi 24 jam. Aku suka makan kat sini sebab lauk-pauk seperti Ayam Goreng Madu, Ayam Goreng Bawang, Kari Kepala Ikan, Sambal Petai Rebung, Ayam Kampung, Gulai Daging, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi lauk yang ada memang sedap-sedap belaka.  Harga berpatutan.









Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning.

Nasi Lemak Royale ni ala-ala nasi kandar jugak. Sebab ni mamak punya nasi lemak. Pernah dengar Nasi Lemak Haji Ali? Ha.. Pada aku yang ni lagi awesome. Macam-macam lauk boleh pilih. Sedap makan dengan kuah campur macam nasi kandar jugak. Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, berdekatan dengan Persiaran Hijau Kuning dan Simpang Kuala ni adalah cawangan utama. Cawangan lain yang aku tahu ialah di Anak Bukit dan dengar kata ada cawangan kat KL. Nanti aku check it out!

 


Char Kuey Teow, Bandar Darul Aman.

Aku suka pergi Bandar Darul Aman ni. Sebab banyak gerai char kuey teow di sana. Ada Gani Char Kuey Teow, Zam Char Kuey Teow, Char Kuey Teow Marvellous dan banyak lagi. Tapi aku paling suka Sham Char Kuey Teow kat Taman Mahsuri dan Char Kuey Teow Aladdin kat Pekan Tanah Merah.







Asioki's Cafe, Jalan Putra.

Asioki's Cafe ni salah satu tempat makan yang family aku selalu bawak tiap kali aku balik Kedah. Sebab aku suka makan kat sini. Baik dia punya local food dan juga western food. Tiap kali makan kat sini, aku mesti order Nasi Goreng Siam. Ada rasa spicy. Sedap. Latest aku pergi Asioki ni, Mama order Claypot Yee Mee Soup. Abah order Phad Thai. Tapi Phad Thai ni kureng pada aku. Shark Fin Soup kat sini sangatlah awesome. Nyummy!










Kueyteow Iman, Jalan Sultanah.

Restoran Kueyteow Iman di Jalan Sultanah ni antara favourite eating place bagi orang-orang di sini dan juga tourists yang mai dari jauh habaq hang. Dulu Kueyteow Iman ni hanya sebuah gerai yang jual kueyteow kerang, kueyteow telur, char kueyteow dan juga nasi lemak bungkus. Sekarang dah maju. Dah jadi restoran. Di lokasi yang sama. Dengan tambahan menu seperti Western Food, Nasi Ayam dan juga satay.





Restoran Nasi Kandar Yasmeen.

Lagi restoran nasi kandar yang mendapat recommendation daripada aku. Walawei! Restoran Yasmeen ni terletak berdekatan dengan Stadium Darulaman dan Muzium negeri. Ada cawangan lain jugak tapi yang aku tahu cuma di Jitra. Orang ramai datang sini mostly makan nasi lauk ayam goreng, telur rebus atau sayur. Kuah campur. Tu je dah cukup.





Mat Cucur Udang White Palace, Taman PKNK.

Yang ni faveret place aku lepak petang-petang. Makan cucur udang dengan teh ais. Sangat lah awesome bagi aku. Gerai ni bertempat di Taman PKNK, Jalan Tun Razak. Ada juga bukak kat pasar malam depan Star Parade dan juga kat pasar malam Jalan Sultan Badlishah.





Banyak lagi tempat makan yang awesome kat area Alor Setar ni. Malas plak aku nak letak semua. Kalau rajin, aku masukkan lagi dalam blog ye.



Saturday, 27 October 2012

Buntil Bebeh!



Sebentar tadi aku post kat facebook dan twitter. Maka ada kawan-kawan yang menjawabnya. Ada yang jawab nasi ambeng, lodeh, sambal totok, tempe. Tekaan kawan-kawan salah belaka. Tapi kalau saudara-mara aku tengok post ni, diorang mesti tahu lauk apa yang menjadi makanan untuk lunch hari ini. Pak cik aku teka dengan tepat sekali sebab lauk ni menjadi kegilaan famili dan saudara-mara ku di Johor.

Korang pernah dengar BUNTIL? Buntil ni makanan yang biasa dimakan oleh orang jawa. Buntil ni sebenarnya ialah ikan dan bumbu dibalut dengan daun keladi. Balutan keladi itu kemudian dikukus bersama santan. Nak buat buntil ni ambil masa. Sebab nak kukus pon makan 5-6 jam juga. Sebab nak bagi hilang rasa gatal bila kita makan daun keladi ni.

Agak janggal bagi mereka yang tak pernah dengar nama buntil dan pasti pelik bila makan daun keladi. Waktu abah aku ambil daun keladi ni pon, ada orang kampung yang tanya. Nak buat apa dengan daun keladi ni? Buat ubat ke? Abah aku angguk je. Orang sini selalu ambil batang keladi je buat lauk asam.







Yang tak pernah makan, mesti was-was kan? Tapi bila dah rasa buntil ni, mesti nak makan lagi. Bestnya kalau dapat makan buntil ni dengan keluarga aku di Johor. Mereka yang lihat gambar ni pasti ngiler........

Friday, 26 October 2012

Masakan Mama Abah di AidilAdha

Mama Abah masak sedap-sedap sempena raya aidiladha tahun ni. Sedap-sedap belaka. Ada ketupat nasi, beriyani daging, kuah lodeh, sambal tumis, sambal goreng dua jenis, ayam masak kicap, sambal kacang. Ketupat palas je beli. Cakap banyak tak guna. Korang layan la gambar ni sementara aku habiskan lauk-pauk yang ada.






Oh ya. Credit to Cik Ayem sebab bekalkan daun kelapa untuk buat ketupat. Mama abah. Maafkan saya sebab lebih banyak tidur daripada tolong di dapur.

Thursday, 25 October 2012

Korban Dan Pengorbanan



Ceramah daripada Ustaz Kazim dan Dato Malek Noor. 15 Oktober 2011. Di Langkawi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Fisioterapi Mr Ong Tongkang Yard

Lepas Maghrib tadi aku dengan abah pergi Tongkang Yard. Pergi jumpa Physiotherapist Cina, Mr Ong kat Taman Bunga Raya. Mama dengan abah pernah pergi sebelum ni. Alhamdulillah mama dah makin sembuh. Sekarang aku pulak nak buat rawatan susulan pasal shoulder aku yang dislocate dua minggu lepas.

Mr Ong mula jalankan bisnes fisio dia pukul 8.30 malam - 11 malam. Tak lama. Tapi kalau nak pergi sana, kena gerak awal. Ramai yang nak berubat dengan dia. Kalau datang pukul 8.30, alamatnya pukul 11 pon belum tentu dapat dirawat. Silap-silap kena datang esoknya pulak. Aku sampai kat tempat tu pukul 8 pon dah ramai orang tengah kumpul.

Menarik pasal Pusat Rawatan Fisio Mr Ong ni. Ia hanya dibuka pada pukul 8.30 malam sampai 11 malam. Kalau tergeliat, sakit ligamen atau sakit yang berkaitan dengan orto, boleh la jumpa Mr Ong. Bayaran hanya Rm20. Mr Ong tak terima bayaran lebih dari itu. Sakit teruk macam mana pon, bayaran tetap RM20. Rawatan fisio ni hanya kerja sambilan Mr Ong. Dia ada bukak kedai kasut kalau tak silap aku. Siang jaga kedai kasut, malam rawat orang. 

Aku ambil kerusi, duduk sebelah Uncle Cina ni. Uncle Bek. Baik orangnya. Dia cakap turn aku lambat lagi. Maybe kena tunggu sampai pukul 10 lebih. Takpelah. Aku tunggu. Sambil-sambil tunggu tu. Aku dengan abah aku sembang-sembang dengan Uncle Bek ni. Uncle Bek ni duduk area Jeniang. Umur 71 tahun. Uncle Bek selalu datang buat rawatan fisio bahagian pinggang kat sini.

Selama Uncle Bek merawat kat sini, Uncle Bek pernah kenal orang perempuan Melayu dari Kangar. Perempuan ni baru lepas eksiden. Tak boleh jalan. Nak rawat kat hospital tapi perlu kos RM20,000 untuk dia boleh jalan semula. Perempuan ni pergi jumpa Mr Ong. Datang dengan berkerusi roda. Alhamdulillah dah boleh jalan lepas jalani fisio dengan Mr Ong ni.

Sebelum merawat pesakit. Aku lihat Uncle Bek sempat minum secawan teh bersama Mr Ong. Mungkin mereka berkawan baik. Uncle Bek ni orang pertama yang sampai kat situ. Jadi Uncle Bek yang masuk dulu. Aku yang memang tahu giliran aku lambat lagi, aku duduk lepak sambil tengok persakit yang datang. Ada yang patah tangan, ada yang bertongkat. Pembantu Mr Ong keluar dari bilik rawatan. Dia tanya ada sesiapa yang sakit pinggang? Tak ada. Pembantu Mr Ong diri depan aku. Tanya bahagian mana aku sakit. Aku cakap shoulder dislocate. Tiba-tiba pembantu tu panggil aku masuk bilik rawatan. Aku tergamam. Padahal giliran aku lambat lagi. Dah dia panggil, aku masuk je la. Takkan nak tercegat lagi kat ruang menunggu.

Aku & abah masuk bilik rawatan. Kelihatan Mr Ong sedang merawat Uncle Bek. Sekejap saja. Settle dengan Uncle Bek, Mr Ong tanya aku sakit apa. Aku dan abah cerita satu persatu. Dia suruh aku duduk kat katil. Dia pegang bahu aku. Dia suruh aku angkat tangan kanan. Perlahan-lahan aku angkat. Sakit. Mr Ong cuba pulas tangan kanan aku. Sakit. Dalam masa yang tak sampai seminit, Mr Ong pulas tangan kanan aku dan betulkan joint di siku kanan. KETAK!!!! Bunyi tulang. Rasa sakit tadi hilang. Bertukar jadi selesa. Mr Ong suruh aku angkat tangan. Banyak kali. Tak sakit. Aku lega. Mr Ong cakap sakit di bahu tu sebab ligamen dan tisu yang masih belum sembuh. Tapi point dia kat siku. Siku aku buat rasa susah nak angkat tangan mahupun bergerak lasak. Mr Ong pesan suruh angkat dumbbell 1kg pelan-pelan. Buat banyak kali. Lepas buat pembayaran. Mr Ong bagi pain killer dan ubat sapu sebelum aku balik.

Aku keluar dari bilik rawatan. Banyak bunyi dari pesakit yang lain. Mungkin ada yang marah sebab aku potong que. Mungkin ada yang ingat aku hanya datang ambil ubat. Persetankan dengan segala spekulasi mereka. Aku dan abah keluar. Uncle Bek baru nak balik. Bersalaman dengannya sebelum kami balik.

Ini cuma ikhtiar aku untuk sembuhkan sakit aku ni. Yang lain aku berserah padaNya. Mendoakan semoga aku cepat sembuh dan dapat lakukan aktiviti harian aku macam biasa. Seriously, aku rindu futsal. Aku rindu workout.

Siapa yang nak datang ke pusat fisio ni. Sekali lagi aku suggest. Datang awal. Aku bagi alamat dan no phone, jadikan guide korang ke sana.

Alamat: 2041 Taman Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar. Check google map.



pssstt... Dalam perjalanan balik, bukan keadaan tangan yang jadi perbualan utama antara aku dan abah. Pelik. Macam mana aku dapat masuk awal daripada yang lain. Mungkin Uncle Bek yang suruh panggil. Terima kasih Uncle Bek.