Lepas Maghrib tadi aku dengan abah pergi Tongkang Yard. Pergi jumpa
Physiotherapist Cina, Mr Ong kat Taman Bunga Raya. Mama dengan abah pernah pergi sebelum ni. Alhamdulillah mama dah makin sembuh. Sekarang aku pulak nak buat rawatan susulan pasal shoulder aku yang dislocate dua minggu lepas.
Mr Ong mula jalankan bisnes fisio dia pukul 8.30 malam - 11 malam. Tak lama. Tapi kalau nak pergi sana, kena gerak awal. Ramai yang nak berubat dengan dia. Kalau datang pukul 8.30, alamatnya pukul 11 pon belum tentu dapat dirawat. Silap-silap kena datang esoknya pulak. Aku sampai kat tempat tu pukul 8 pon dah ramai orang tengah kumpul.
Menarik pasal Pusat Rawatan Fisio Mr Ong ni. Ia hanya dibuka pada pukul 8.30 malam sampai 11 malam. Kalau tergeliat, sakit ligamen atau sakit yang berkaitan dengan orto, boleh la jumpa Mr Ong. Bayaran hanya Rm20. Mr Ong tak terima bayaran lebih dari itu. Sakit teruk macam mana pon, bayaran tetap RM20. Rawatan fisio ni hanya kerja sambilan Mr Ong. Dia ada bukak kedai kasut kalau tak silap aku. Siang jaga kedai kasut, malam rawat orang.
Aku ambil kerusi, duduk sebelah Uncle Cina ni. Uncle Bek. Baik orangnya. Dia cakap turn aku lambat lagi. Maybe kena tunggu sampai pukul 10 lebih. Takpelah. Aku tunggu. Sambil-sambil tunggu tu. Aku dengan abah aku sembang-sembang dengan Uncle Bek ni. Uncle Bek ni duduk area Jeniang. Umur 71 tahun. Uncle Bek selalu datang buat rawatan fisio bahagian pinggang kat sini.
Selama Uncle Bek merawat kat sini, Uncle Bek pernah kenal orang perempuan Melayu dari Kangar. Perempuan ni baru lepas eksiden. Tak boleh jalan. Nak rawat kat hospital tapi perlu kos RM20,000 untuk dia boleh jalan semula. Perempuan ni pergi jumpa Mr Ong. Datang dengan berkerusi roda. Alhamdulillah dah boleh jalan lepas jalani fisio dengan Mr Ong ni.
Sebelum merawat pesakit. Aku lihat Uncle Bek sempat minum secawan teh bersama Mr Ong. Mungkin mereka berkawan baik. Uncle Bek ni orang pertama yang sampai kat situ. Jadi Uncle Bek yang masuk dulu. Aku yang memang tahu giliran aku lambat lagi, aku duduk lepak sambil tengok persakit yang datang. Ada yang patah tangan, ada yang bertongkat. Pembantu Mr Ong keluar dari bilik rawatan. Dia tanya ada sesiapa yang sakit pinggang? Tak ada. Pembantu Mr Ong diri depan aku. Tanya bahagian mana aku sakit. Aku cakap shoulder dislocate. Tiba-tiba pembantu tu panggil aku masuk bilik rawatan. Aku tergamam. Padahal giliran aku lambat lagi. Dah dia panggil, aku masuk je la. Takkan nak tercegat lagi kat ruang menunggu.
Aku & abah masuk bilik rawatan. Kelihatan Mr Ong sedang merawat Uncle Bek. Sekejap saja. Settle dengan Uncle Bek, Mr Ong tanya aku sakit apa. Aku dan abah cerita satu persatu. Dia suruh aku duduk kat katil. Dia pegang bahu aku. Dia suruh aku angkat tangan kanan. Perlahan-lahan aku angkat. Sakit. Mr Ong cuba pulas tangan kanan aku. Sakit. Dalam masa yang tak sampai seminit, Mr Ong pulas tangan kanan aku dan betulkan joint di siku kanan. KETAK!!!! Bunyi tulang. Rasa sakit tadi hilang. Bertukar jadi selesa. Mr Ong suruh aku angkat tangan. Banyak kali. Tak sakit. Aku lega. Mr Ong cakap sakit di bahu tu sebab ligamen dan tisu yang masih belum sembuh. Tapi point dia kat siku. Siku aku buat rasa susah nak angkat tangan mahupun bergerak lasak. Mr Ong pesan suruh angkat dumbbell 1kg pelan-pelan. Buat banyak kali. Lepas buat pembayaran. Mr Ong bagi pain killer dan ubat sapu sebelum aku balik.
Aku keluar dari bilik rawatan. Banyak bunyi dari pesakit yang lain. Mungkin ada yang marah sebab aku potong que. Mungkin ada yang ingat aku hanya datang ambil ubat. Persetankan dengan segala spekulasi mereka. Aku dan abah keluar. Uncle Bek baru nak balik. Bersalaman dengannya sebelum kami balik.
Ini cuma ikhtiar aku untuk sembuhkan sakit aku ni. Yang lain aku berserah padaNya. Mendoakan semoga aku cepat sembuh dan dapat lakukan aktiviti harian aku macam biasa. Seriously, aku rindu futsal. Aku rindu workout.
Siapa yang nak datang ke pusat fisio ni. Sekali lagi aku suggest. Datang awal. Aku bagi alamat dan no phone, jadikan guide korang ke sana.
Alamat: 2041 Taman Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar. Check google map.
pssstt... Dalam perjalanan balik, bukan keadaan tangan yang jadi perbualan utama antara aku dan abah. Pelik. Macam mana aku dapat masuk awal daripada yang lain. Mungkin Uncle Bek yang suruh panggil. Terima kasih Uncle Bek.