Friday, 29 March 2013

Hujan

Kabus Putih tak dapat disentuh. Kabus Gelap menunggu waktu untuk berhadas. Bila sudah berat, terus membuang hadasnya. Hadas yang membasahi Bumi. Hadas yang membawa rahmat. Hadas yang dinamakan Hujan.

Thursday, 28 March 2013

Kau Rasa Apa Yang Aku Rasa.

Lama sudah tidak berkarya. Lama sudah tidak menyusun ayat yang bersilang kata. Lama sudah jari ini tidak menari-nari mengucapkan segala rasa. Kerna apa yang ku rasa, telah ku luahkan padaNya. Kerna apa yang ku rasa, telah ku ceritakan padanya. Kerna dia juga rasa apa yang aku rasa. Tak perlulah aku kongsikan lagi segala perasaan aku di sini. Kerna dulu aku berkongsi, kerana inginkan dia mengetahui. Kerna dulu aku banyak berkongsi hanya untuk dia di Aussie. Sekarang tak perlu lagi aku luahkan segalanya di sini. Hanya karya ku saja yang dapat ku kongsikan di blog ini. Hanya hasil perahan otak ku saja yang dapat coretkan di laman ini. Wassalam.

Friday, 18 January 2013

House of Crepes Alor Setar



House of Crepes beroperasi di Alor Setar memenuhi tempahan dan pesanan bagi pengemar-pengemar berbagai jenis crepes yang sedap seperti durian, cempedak, oreo, coklat, strawberri, ceri, mangga dan kurma. Tempahan dan pesanan untuk keperluan sendiri / keluarga, sebagai buahtangan atau hidangan di majlis-majlis keramaian boleh dibuat dengan menghubungi atau SMS Puan Hamidah di 019-4512097 atau 017-4458081. Untuk tempahan dalam kuantiti yang besar (melebihi 10 pax), sila buat pesanan 2 – 3 hari awal sebelum tarikh diperlukan. Semua pesanan perlu “self pick-up” di Esso Jalan Sultanah, Alor Setar. PERINGATAN : Untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman. Crepes perlu disimpan di dalam peti sejuk (tidak melebihi 2 hari) untuk mengekalkan kesegaran dan kualitinya. Untuk perjalanan jauh, ianya boleh dibawa di dalam kereta berhawa dingin tidak melebihi 3 jam perjalanan. Untuk tempoh yang lebih lama, kami mencadangkan untuk dimasukkan ke dalam “polystyrene container” bersama “dry ice”. House of Crepes telah menambat hati pengemar crepes kerana rasanya. Kami menggunakan bahan yang terbaik, bersih dan halal . Alhamdulillah, permintan semakin meningkat dan kami bersyukur di atas rezeki yang diberi. Terima kasih kepada pengemar yang sangat berpuashati dengan crepes kami terutamanya yang tidak berhenti “repeat order”. Sila semak laman FB kami dari masa ke semasa untuk harga promosi dan penawaran pelbagai jenis crepes yang baru. Jika sedap, beritahu kawan dan jika tidak memuaskan sila maklumkan kepada kami. Terima kasih.

Like Kami di Facebook - https://www.facebook.com/HouseOfCrepes


Tuesday, 8 January 2013

Kau Yang Punya

Jangan kau bimbang sayang
Di mana ku berada
Dengan siapa ku bersama
Jangan bimbang
Ku tetap
Kau yang punya


Bertukar pandangan, senyum
Bersalaman ke sekadar berkawan
Dan bila cinta dah mula berputik
Ah, tak tidur malam
Angan-angan jadi pasangan
Aah menjadi kenyataan

Yang nyatanya, telah banyak kita harung
Adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
Kita pernah berpisah dan kembali
Berpisah dan kembali
Kembali kerna pengorbananmu kuhargai
Hilang separa masa bersama keluarga

Teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
Tiada lagi huhu haha
Jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
Yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
Tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
Dan janji-janjimu kujanji juga, yup
Kini kau dalam duniaku macam hip hop


Kerjaku memang kejam
Punca matamu tak boleh kejam
Bermalam, bukan berjam
Dimana? dengan siapa kubersama?
Berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara

Yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
Bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
Nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
Tiada lagi show, kemudian after party
Tiada lagi party, kemudian hotel lobi
Yang lain masih berpesta

Biarkan saja mereka, mereka masih muda
Aku ditelefon kalau tak disisimu
Dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
Jangan bimbang tiada siapa bersamaku
Dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
Nope

Satu fakta, dua penipuan
Yang pertama kita ambil, dua buang
Kenapa mengeluh?

Dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
Mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
Mereka pakar fabrikasi, modifikasi
Di depan senyum, belakang dengki
Yang cemburu mungkin teman kita sendiri
Siapa tahu?
Peduli, kita dah semuanya bersama
Dah senang bersama, dah susah pun bersama
Ketawa bersama, menangis bersama
Kubersumpah harap kita mati pun bersama
Ke akhirnya 

Ku juga bimbang sayang
Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Jangan lupa
Kau tetapku yang punya

Ku pinjam kata-kata mu Malique. Terima kasih.
KAU YANG PUNYA (Malique feat Najwa)

Friday, 4 January 2013

Melayu Johor

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

MELAYU JOHOR
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara