Wednesday, 31 October 2012

Makan-makan Di Alor Setar

Alhamdulillah. Selamat sampai KL dua hari lepas. Di Kedah, banyak tempat makan yang dah aku berjaya pergi. Tapi tak semua tempat dapat pergi sebab ada yang tutup sebab cuti Raya Aidiladha. Secara ringkas. Ni je tempat makan yang aku boleh recommend kalau korang berada di Alor Setar. Tapi yang dah memang dok Alor Setar, sila abaikan post ni sebab memang korang selalu pergi pon kan. Heeee....

Restoran Nasi Kandar Ramli, Simpang Empat.

Restoran Nasi Kandar yang diusahakan oleh usahawan Melayu, Tuan Haji Ramli ini terletak di Pekan Simpang Empat. Jalan menuju ke Kota Sarang Semut. Ia beroperasi 24 jam. Aku suka makan kat sini sebab lauk-pauk seperti Ayam Goreng Madu, Ayam Goreng Bawang, Kari Kepala Ikan, Sambal Petai Rebung, Ayam Kampung, Gulai Daging, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi lauk yang ada memang sedap-sedap belaka.  Harga berpatutan.









Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning.

Nasi Lemak Royale ni ala-ala nasi kandar jugak. Sebab ni mamak punya nasi lemak. Pernah dengar Nasi Lemak Haji Ali? Ha.. Pada aku yang ni lagi awesome. Macam-macam lauk boleh pilih. Sedap makan dengan kuah campur macam nasi kandar jugak. Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, berdekatan dengan Persiaran Hijau Kuning dan Simpang Kuala ni adalah cawangan utama. Cawangan lain yang aku tahu ialah di Anak Bukit dan dengar kata ada cawangan kat KL. Nanti aku check it out!

 


Char Kuey Teow, Bandar Darul Aman.

Aku suka pergi Bandar Darul Aman ni. Sebab banyak gerai char kuey teow di sana. Ada Gani Char Kuey Teow, Zam Char Kuey Teow, Char Kuey Teow Marvellous dan banyak lagi. Tapi aku paling suka Sham Char Kuey Teow kat Taman Mahsuri dan Char Kuey Teow Aladdin kat Pekan Tanah Merah.







Asioki's Cafe, Jalan Putra.

Asioki's Cafe ni salah satu tempat makan yang family aku selalu bawak tiap kali aku balik Kedah. Sebab aku suka makan kat sini. Baik dia punya local food dan juga western food. Tiap kali makan kat sini, aku mesti order Nasi Goreng Siam. Ada rasa spicy. Sedap. Latest aku pergi Asioki ni, Mama order Claypot Yee Mee Soup. Abah order Phad Thai. Tapi Phad Thai ni kureng pada aku. Shark Fin Soup kat sini sangatlah awesome. Nyummy!










Kueyteow Iman, Jalan Sultanah.

Restoran Kueyteow Iman di Jalan Sultanah ni antara favourite eating place bagi orang-orang di sini dan juga tourists yang mai dari jauh habaq hang. Dulu Kueyteow Iman ni hanya sebuah gerai yang jual kueyteow kerang, kueyteow telur, char kueyteow dan juga nasi lemak bungkus. Sekarang dah maju. Dah jadi restoran. Di lokasi yang sama. Dengan tambahan menu seperti Western Food, Nasi Ayam dan juga satay.





Restoran Nasi Kandar Yasmeen.

Lagi restoran nasi kandar yang mendapat recommendation daripada aku. Walawei! Restoran Yasmeen ni terletak berdekatan dengan Stadium Darulaman dan Muzium negeri. Ada cawangan lain jugak tapi yang aku tahu cuma di Jitra. Orang ramai datang sini mostly makan nasi lauk ayam goreng, telur rebus atau sayur. Kuah campur. Tu je dah cukup.





Mat Cucur Udang White Palace, Taman PKNK.

Yang ni faveret place aku lepak petang-petang. Makan cucur udang dengan teh ais. Sangat lah awesome bagi aku. Gerai ni bertempat di Taman PKNK, Jalan Tun Razak. Ada juga bukak kat pasar malam depan Star Parade dan juga kat pasar malam Jalan Sultan Badlishah.





Banyak lagi tempat makan yang awesome kat area Alor Setar ni. Malas plak aku nak letak semua. Kalau rajin, aku masukkan lagi dalam blog ye.



Saturday, 27 October 2012

Buntil Bebeh!



Sebentar tadi aku post kat facebook dan twitter. Maka ada kawan-kawan yang menjawabnya. Ada yang jawab nasi ambeng, lodeh, sambal totok, tempe. Tekaan kawan-kawan salah belaka. Tapi kalau saudara-mara aku tengok post ni, diorang mesti tahu lauk apa yang menjadi makanan untuk lunch hari ini. Pak cik aku teka dengan tepat sekali sebab lauk ni menjadi kegilaan famili dan saudara-mara ku di Johor.

Korang pernah dengar BUNTIL? Buntil ni makanan yang biasa dimakan oleh orang jawa. Buntil ni sebenarnya ialah ikan dan bumbu dibalut dengan daun keladi. Balutan keladi itu kemudian dikukus bersama santan. Nak buat buntil ni ambil masa. Sebab nak kukus pon makan 5-6 jam juga. Sebab nak bagi hilang rasa gatal bila kita makan daun keladi ni.

Agak janggal bagi mereka yang tak pernah dengar nama buntil dan pasti pelik bila makan daun keladi. Waktu abah aku ambil daun keladi ni pon, ada orang kampung yang tanya. Nak buat apa dengan daun keladi ni? Buat ubat ke? Abah aku angguk je. Orang sini selalu ambil batang keladi je buat lauk asam.







Yang tak pernah makan, mesti was-was kan? Tapi bila dah rasa buntil ni, mesti nak makan lagi. Bestnya kalau dapat makan buntil ni dengan keluarga aku di Johor. Mereka yang lihat gambar ni pasti ngiler........

Friday, 26 October 2012

Masakan Mama Abah di AidilAdha

Mama Abah masak sedap-sedap sempena raya aidiladha tahun ni. Sedap-sedap belaka. Ada ketupat nasi, beriyani daging, kuah lodeh, sambal tumis, sambal goreng dua jenis, ayam masak kicap, sambal kacang. Ketupat palas je beli. Cakap banyak tak guna. Korang layan la gambar ni sementara aku habiskan lauk-pauk yang ada.






Oh ya. Credit to Cik Ayem sebab bekalkan daun kelapa untuk buat ketupat. Mama abah. Maafkan saya sebab lebih banyak tidur daripada tolong di dapur.

Thursday, 25 October 2012

Korban Dan Pengorbanan



Ceramah daripada Ustaz Kazim dan Dato Malek Noor. 15 Oktober 2011. Di Langkawi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Fisioterapi Mr Ong Tongkang Yard

Lepas Maghrib tadi aku dengan abah pergi Tongkang Yard. Pergi jumpa Physiotherapist Cina, Mr Ong kat Taman Bunga Raya. Mama dengan abah pernah pergi sebelum ni. Alhamdulillah mama dah makin sembuh. Sekarang aku pulak nak buat rawatan susulan pasal shoulder aku yang dislocate dua minggu lepas.

Mr Ong mula jalankan bisnes fisio dia pukul 8.30 malam - 11 malam. Tak lama. Tapi kalau nak pergi sana, kena gerak awal. Ramai yang nak berubat dengan dia. Kalau datang pukul 8.30, alamatnya pukul 11 pon belum tentu dapat dirawat. Silap-silap kena datang esoknya pulak. Aku sampai kat tempat tu pukul 8 pon dah ramai orang tengah kumpul.

Menarik pasal Pusat Rawatan Fisio Mr Ong ni. Ia hanya dibuka pada pukul 8.30 malam sampai 11 malam. Kalau tergeliat, sakit ligamen atau sakit yang berkaitan dengan orto, boleh la jumpa Mr Ong. Bayaran hanya Rm20. Mr Ong tak terima bayaran lebih dari itu. Sakit teruk macam mana pon, bayaran tetap RM20. Rawatan fisio ni hanya kerja sambilan Mr Ong. Dia ada bukak kedai kasut kalau tak silap aku. Siang jaga kedai kasut, malam rawat orang. 

Aku ambil kerusi, duduk sebelah Uncle Cina ni. Uncle Bek. Baik orangnya. Dia cakap turn aku lambat lagi. Maybe kena tunggu sampai pukul 10 lebih. Takpelah. Aku tunggu. Sambil-sambil tunggu tu. Aku dengan abah aku sembang-sembang dengan Uncle Bek ni. Uncle Bek ni duduk area Jeniang. Umur 71 tahun. Uncle Bek selalu datang buat rawatan fisio bahagian pinggang kat sini.

Selama Uncle Bek merawat kat sini, Uncle Bek pernah kenal orang perempuan Melayu dari Kangar. Perempuan ni baru lepas eksiden. Tak boleh jalan. Nak rawat kat hospital tapi perlu kos RM20,000 untuk dia boleh jalan semula. Perempuan ni pergi jumpa Mr Ong. Datang dengan berkerusi roda. Alhamdulillah dah boleh jalan lepas jalani fisio dengan Mr Ong ni.

Sebelum merawat pesakit. Aku lihat Uncle Bek sempat minum secawan teh bersama Mr Ong. Mungkin mereka berkawan baik. Uncle Bek ni orang pertama yang sampai kat situ. Jadi Uncle Bek yang masuk dulu. Aku yang memang tahu giliran aku lambat lagi, aku duduk lepak sambil tengok persakit yang datang. Ada yang patah tangan, ada yang bertongkat. Pembantu Mr Ong keluar dari bilik rawatan. Dia tanya ada sesiapa yang sakit pinggang? Tak ada. Pembantu Mr Ong diri depan aku. Tanya bahagian mana aku sakit. Aku cakap shoulder dislocate. Tiba-tiba pembantu tu panggil aku masuk bilik rawatan. Aku tergamam. Padahal giliran aku lambat lagi. Dah dia panggil, aku masuk je la. Takkan nak tercegat lagi kat ruang menunggu.

Aku & abah masuk bilik rawatan. Kelihatan Mr Ong sedang merawat Uncle Bek. Sekejap saja. Settle dengan Uncle Bek, Mr Ong tanya aku sakit apa. Aku dan abah cerita satu persatu. Dia suruh aku duduk kat katil. Dia pegang bahu aku. Dia suruh aku angkat tangan kanan. Perlahan-lahan aku angkat. Sakit. Mr Ong cuba pulas tangan kanan aku. Sakit. Dalam masa yang tak sampai seminit, Mr Ong pulas tangan kanan aku dan betulkan joint di siku kanan. KETAK!!!! Bunyi tulang. Rasa sakit tadi hilang. Bertukar jadi selesa. Mr Ong suruh aku angkat tangan. Banyak kali. Tak sakit. Aku lega. Mr Ong cakap sakit di bahu tu sebab ligamen dan tisu yang masih belum sembuh. Tapi point dia kat siku. Siku aku buat rasa susah nak angkat tangan mahupun bergerak lasak. Mr Ong pesan suruh angkat dumbbell 1kg pelan-pelan. Buat banyak kali. Lepas buat pembayaran. Mr Ong bagi pain killer dan ubat sapu sebelum aku balik.

Aku keluar dari bilik rawatan. Banyak bunyi dari pesakit yang lain. Mungkin ada yang marah sebab aku potong que. Mungkin ada yang ingat aku hanya datang ambil ubat. Persetankan dengan segala spekulasi mereka. Aku dan abah keluar. Uncle Bek baru nak balik. Bersalaman dengannya sebelum kami balik.

Ini cuma ikhtiar aku untuk sembuhkan sakit aku ni. Yang lain aku berserah padaNya. Mendoakan semoga aku cepat sembuh dan dapat lakukan aktiviti harian aku macam biasa. Seriously, aku rindu futsal. Aku rindu workout.

Siapa yang nak datang ke pusat fisio ni. Sekali lagi aku suggest. Datang awal. Aku bagi alamat dan no phone, jadikan guide korang ke sana.

Alamat: 2041 Taman Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar. Check google map.



pssstt... Dalam perjalanan balik, bukan keadaan tangan yang jadi perbualan utama antara aku dan abah. Pelik. Macam mana aku dapat masuk awal daripada yang lain. Mungkin Uncle Bek yang suruh panggil. Terima kasih Uncle Bek.

Wednesday, 24 October 2012

Fruit Pancake Mama Abah

Alhamdulillah. Cuti seminggu sempena Raya Haji ni aku ambil kesempatan balik rumah mama abah di Kedah. Balik jenguk mama abah dan plan nak jumpa fisio. Nak rawat bahu aku yang dislocate 2 minggu lepas. Lama tak balik Kedah. Dalam seminggu ni, aku nak try banyak tempat makan favourite aku kat sini. Nasi Lemak Royale, Char Kuey Teow, Nasi Yasmeen, Asioki, Kueyteow Iman, Nasi Ayam Stadium, Ikan Keli Pokok Sawa, Nasi Kandar Haji Ramli dan banyak lagi lah.


Sampai je rumah. Lepas letak bag kat bilik. My mama panggil kat dapur. Suruh try dia punya Kuih Bantal. Kuih Bantal yang juga dinamakan pancake atau crepe ni memang mama aku yang buat. Ada dua perisa. Cempedak dan Durian. Fruit Pancake habaq hang. Hijau tu Cempedak. Kuning tu Durian. Memang sedap. Seriously! Balik rumah je dah rasa air tangan mama. Terharu! Dan kalau korang nak tahu, abah aku yang buat kulit pancake ni. Sweet la!

Kalau nak cuba fruit pancake ni kat area KL. Ada kat stall Sumptuous Desserts The Gardens, Sunway, Sungai Wang, Ikano. Tu je kot tempat yang aku taw. Kitorang dah try makan pancake kat sini, sebab tu mama ada keinginan nak buat benda ni. Tapi mahal bukan main. Dua biji Pancake ni je dah RM4. Sama la macam makan Macaron. Makan benda kecik tapi mahal. Sebab tu la mama buat sendiri. Rasa pon sama sedap. Kalau jual pon ada jugak untung.





Terima kasih mama dan abah sebab buatkan Cempedak Pancake dan Durian Pancake yang sangat lazat. Sedap sangat-sangat. Ni bukan bodek taw. Ni ikhlas dari hati seorang anak kepada ibu bapanya. Heee..

Tuesday, 23 October 2012

Ada apa dengan Naili's

Eksplorasi Makan aku semalam adalah di area Ampang Point. Aku nak makan kat tempat yang aku belum pernah pergi. Hajatnya nak pergi Bawal Power kat Medan Selera Bunga Tanjung tapi belum bukak lagi. Round kat area Ampang Point ni ada Pelita Nasi Kandar, My Mom's Chicken Rice, Sushi King, Coffee Bean, Old Town, Nasi Ayam Hainan dan banyak lagi. Semua tu aku dah pernah pergi. Aku nampak Restoran Naili's Place kat corner lot dekat dengan tempat aku selalu jamming. Rasa nak ke sana sebab sebelum ni pernah dengar yang makanan kat situ sedap dan selesa kalau nak lepak-lepak. Lagipun memang aku tak pernah ke sini. Just give it a try. Try and error.

Sampai je kat sini. Rasa selesa dan tenang. Hiasan dan dekorasi yang ada di kedai ini buat aku rasa santai. Seperti di tepi pantai. Siap ada surfing board. Rasa macam kat dalam cerita Baywatch. Wah! Membongak! Ramai juga customer yang makan kat sini. But mostly berpasangan. Ada pasangan muda. Ada pasangan pakcik makcik. Ada juga sekumpulan orang baru balik kerja dan juga sekumpulan chicks. Aku je yang duduk makan sorang-sorang.

Dapat je menu, aku tergamam. Harga makanan mahal siot. Nasi goreng kampung je dah RM9.90. Minuman yang paling murah pon Air Mineral RM2.00. Teh o Ais dah RM3.00++.  Aku dah tak tahu nak order apa. Order yang murah macam tak berbaloi datang makan sini. Nak order yang mahal takut bajet lari. Last-last aku tanya sendiri waiter tu. Mintak suggestion dari dia. Aku nak local food tapi yang lain dari yang lain. Dia suggest kat aku Nasi Goreng Temasik. Aku ikutkan saja. Order air teh ais dengan air suam.

Makanan dan minuman tiba tak la lama sangat. Okay je bagi aku. Aku tengok semua yang aku order ni, portion tak la besar sangat. Nasi Goreng Temasik ni ada Rendang Daging, Sambal Udang, Telur Rebus dan Ayam Goreng. Aku tak tahu kenapa boleh dinamakan Temasik. Mungkin sejarah ada mengatakan bahawa di negeri Temasik itu meliputi tiga haiwan ternakan dan haiwan peliharaan iaitu Ayam, Lembu dan Udang. Sebenarnya nasi tu bukanlah nasi goreng seperti yang diperkatakan oleh waiter tu. Rasa macam butter rice je. Air teh ais aku biasa-biasa saja. Rasa macam teh campur dengan coffemate pon ada. Membebel pon tak guna. Rezeki dah ada depan mata.





Alhamdulillah. Perut yang kosong, kini sudah penuh. Wallet yang penuh, kini makin kosong. Jumlah harga untuk semua yang aku order ni RM19.30. Dari segi pengamatan aku, makanan kat sini sememangnya mahal. Kalau nak tengokkan segala makanan dan minuman yang ada kat Naili's Place ni, tak ada yang special bagi aku. Maaf la ye. Naili's Place tak menepati citarasa aku. Bukan kerana aku memilih. Tapi pada aku, its not worth it. Layanan dah okay. Tapi kalau setakat nak lepak, dating atau ada appointment, boleh la datang sini. Pekena kopi, ABC atau Banana Split sambil layan dekorasi ala-ala tepi pantai. Ada la kelainan di situ. So kalo korang teringin sangat nak makan sini, boleh semak lokasi dan chef recommendation di website ini.



psstt... on the way balik, aku lalu gerai Nasi Lemak Petai. RM1.20 je... Makan 10 bungkus pon dah tentu-tentu kenyang.

Monday, 22 October 2012

Berita di Melaka

Melaka - Beberapa orang remaja dari Kuala Lumpur telah menuju ke Masjid Tanah dengan tujuan untuk pergi ke kenduri kahwin member mereka iaitu Amirah Atiqah.  Mereka menerima layanan yang baik daripada pihak tuan rumah dan dapat menikmati hidangan yang sedap sambil berdondang sayang. Namun begitu, beberapa kejadian yang tidak dirancang berlaku selepas menghadiri kenduri tersebut.  Antaranya ialah kejadian minum coconut shake di Klebang, lepak di Pantai Klebang, buang air di Dataran Pahlawan, bergambar di A'Famosa dan sesi menikmati asam pedas claypot di Kota Laksmana.  Kejadian ini telah menyebabkan beberapa gelas coconut shake dihabiskan dan beberapa ekor ikan menjadi hidangan buat mereka.  Menurut mangsa kejadian iaitu Zaidi Zainon, 23, kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba memandangkan mereka sudah berada di Bandar Melaka.  Kejadian tersebut berpunca daripada kepala otak budak-budak ni yang memang nak berjalan di Bandar Melaka. Walaubagaimanapun, keadaan trafik di Melaka yang terlalu banyak lampu isyarat telah melambatkan masa perjalanan mereka. Kami dari pihak akhbar telah menerima beberapa keping gambar bagi menunjukkan bukti kelakuan mereka ini. 




Salah seorang mangsa keadaan, Al-ahnaf telah mencadangkan satu tempat best di Klebang. Katanya coconut shake di sana sangat sedap. Dan ini juga menjadi punca mengapa budak-budak ni menuju ke Klebang. Ternyata coconut shake Klebang sangat sedap dan menyelerakan. Harga satu gelas coconut shake special hanya RM 2.20. 




Ramai peminat coconut shake dari segenap pelusuk menuju ke situ pada hari itu. Bekas ais krim ini menjadi bukti. Walaubagaimanapun, menurut saksi yang bekerja di gerai ini. Mengatakan bahawa bekas ais krim yang telah digunakan ini masih dikira sikit. Mereka pernah buat lebih banyak daripada ini.



  

Semua mangsa sempat singgah di Pantai Klebang untuk menikmati pemandangan dan udara nyaman di tepi pantai. Tiga orang mangsa sempat lepak sambil minum coconut shake yang mereka bungkus kerana tidak puas minum di sana.
















Setelah puas berjalan, mangsa-mangsa keadaan telah mengalami kelaparan yang sangat dahsyat. Namun masalah itu selesai setelah menjamu selera di Asam Pedas Claypot Kota Laksmana. Asam pedas yang boleh dikatakan sedap dan itu telah dipersetujui oleh semua mangsa.

Mangsa-mangsa telah berpecah selepas sudah menikmati hidangan. Namun beberapa orang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Izwan, Zulfikar, Naqiuddin, Aidin dan Ijat sempat singgah di Dataran Majlis Bandaraya Melaka untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dan Kelantan.



Selepas seharian di Melaka, semua mangsa pulang ke tempat masing-masing dengan selamat. Banyak lagi tempat yang mereka belum singgah. Mungkin akan ada laga trip ke Melaka. Mungkin ramai lagi mangsa yang akan ikut.

Credits: Mangsa-mangsa, Saksi dan Pemilik Gambar 

Sunday, 21 October 2012

Kakingorok!

Kalau dah nama pun kaki ngorok.
Kat mana saja pon boleh tido.
Inilah situasi-situasi yang agak tak rare bagi aku.
Dan bila member-member dah nampak aku macam ni.
Maka cepat-cepat mereka snap picture.
Layankan saja.  





SELAMAT TIDO! SELAMAT NGOROK!

Thursday, 18 October 2012

Mencari Damai Yang Hilang

Duduk di tengah kota Kuala Lumpur.

Hutan konkrit.

Bunyi hon kereta yang membingit.

Bila bangun pagi.

Pasti inginkan suasana yang aman. Damai. Dan menyamankan.

Aku inginkan suasana di tepi pantai.

Melihat matahari naik.

Dengan angin bertiup nyaman.

Kedengaran ombak memukul pantai.

Bunyi-bunyian burung.

Sungguh mendamaikan.

Tapi mana nak dapat semua ni tatkala berada di kota ini?

Tak susah. 

Buka video ni.

Pasang fullscreen.

Pakai headphone. 

Layan selama sejam.





MENYAMANKAN BUKAN?

Tuesday, 16 October 2012

Tepuk Sebelah Tangan

Alif. Seorang remaja berumur 21 tahun. Di alam sekolah menengah dulu, Alif pernah terpikat dengan seorang rakan sekelasnya. Seorang gadis yang berlagak tomboy. Melly namanya. Alif suka dengan cara, gaya dan gerak-geri Melly. Pendek kata, kalau bau kentut si Melly ni pon Alif cakap wangi. Tapi Alif langsung tak beritahu kawan-kawan yang dia syok kat Melly. Apatah lagi nak bagitau Melly. Dia pendamkan saja perasaan itu. Di kelas pon Alif sembang-sembang, gurau-gurau dengan Melly macam biasa.


Kini masing-masing membawa haluan sendiri. Empat tahun tak berjumpa. Tapi Alif dan Melly masih berkawan. Di Facebook. Alif masih mengikuti perkembangan si Melly. Alif adalah stalker tegar si Melly di Facebook.


Minggu lepas, Alif balik dari kelas. Kepenatan. Tapi sempat lagi online. Check Facebook. Alif menerima satu private message dari Melly. Alif terkejut. Alif teruja. 1001 soalan bermain di minda. Apa mimpi si Melly sampai send private message secara tiba-tiba. Mesti ada perkara sulit yang ingin Melly beritahu. Cepat-cepat Alif buka message tersebut.


"Wei Alif. Ko main poker x? Send kat aku duit poker sikit. Thanx. :P"


Lebih kurang begitu isi kandungan mesej yang Alif terima. Perasaan gembira dan teruja Alif tadi bertukar. Tapi tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan Alif tu. Suka? Pasrah? Kecewa? Alif dan Tuhan saja yang tahu.

Pasport Ekspres

Pasport Ekspres

 

Sebuah Filem Pendek dan merupakan salah satu daripada 14 filem pendek yang tercatat dalam Projek My Hometown Short Films.

 

Karya pengarah muda Rewan Ishak ini sangat ringkas dan menarik. Jika kita hayati cerita ini, banyak pengajaran yang kita dapat.

 

Perlis. Negeri di utara semenanjung. Negeri yang kecik tapi situasi dan keadaan jauh berbeza dengan Kuala Lumpur. Itu salah satu yang cuba diketengahkan dalam cerita ini. Yang jarang datang atau tak pernah pergi Perlis, pemandangan indah dan suasana yang aman pasti menambat hati korang.

 

Aku suka cerita ini. Pengarah selitkan beberapa lagu dan karya Usman Awang yang aku rasa banyak bagi teladan untuk orang muda macam aku ni.

Malas cerita banyak, korang tengok la cerita ini. 18 minit je. Tak lama.

 




 

"Selagi hidup berjiwa hamba, pasti tetap dijajah abadi" - Usman Awang

 

"Hidup bukan untuk derita. Juga derita tidak selamanya" - Ahmad Jais

 

"Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita bersapa" - Usman Awang

 

"Jangan takut dengan masa depan" - Roslan Mahmud

Friday, 12 October 2012

UNIKL Choir Di PICC

Izzat (MIIT), Fily (MIAT) & UNIKL Choir - Mantera Semerah Padi





Muallim (MFI) & UNIKL Choir - Kenangan Mengusik Jiwa



 

UNIKL CHOIR - Hatinya Tak Tahan


 

 

Ejah (MIIT) & UNIKL Choir - Set Fire to The Rain


 

 

Emie (MIIT) & Encik Maizul (Staff UNIKL) - Listen



 

 

Emie (MIIT) & Muallim (MFI) - Syair Laila Majnun


 

 

Zach (MIIT), Qiu (MIIT) & Cik Laila (Staff UNIKL) - Terukir Di Bintang

Thursday, 11 October 2012

Pesanan Arwah Tan Sri P.Ramlee

"Kalau kita tidak semaikan muzik-muzik tradisional etnik ini kedalam dada anak-anak kita anak muda kita nescaya di suatu hari muzik lain akan mengambil tempat kerana didalam dada mereka itu kosong tidak ada apa-apa. Semenjak kita mengajar anak kita belajar ugama kalau bagaimana pun dia pergi berapa tinggi pun dia jarang hendak melupa ugama kerana ugama yang telah diajar ibu bapanya tersimpan didalam dada begitu juga muzik. Supaya muzik lain tidak boleh mempengaruhi jiwa."

 



Baca. Tonton. Dengar. Dan fahamkan apa yang tersirat dengan pesanan arwah.  Lihat apa yang terjadi pada anak-anak muda sekarang.  Renungkan.  Fikirkan.

Semoga roh Allahyarham P.Ramlee dicucuri rahmat.  Al-Fatihah.

Wednesday, 10 October 2012

Shoulder Dislocate

Isnin. 11.15 malam. Sport 7, Sri Rampai.

Nak dipendekkan cerita. Aku main futsal. Aku tersepak jaring. Jatuh. Tangan kanan aku terpaut kat jaring.
Sakit. Sakit teruk. Aku pegang tangan kanan ku. Keluar dari gelanggang futsal. Rehat sambil ambil angin. Tenangkan diri. Aku cuba bukak baju. Berlengging di tepi gelanggang. Member-member aku yang duduk di belakang ku mula perasan. Ada yang tidak kena dengan bahu kanan ku. Mereka tengok dari depan. Ya. Bahu aku senget. Bahu kanan aku jatuh. Aku yang pada mulanya rasa sakit, kini rasa cemas. Ah sudah! Bukan ini yang aku mahukan!

Izham iring aku ke keretanya. Nak pergi merawat sakit aku ni. Yang lain sambung bermain futsal. Menghabiskan masa sejam lebih. Mereka tak ada mood nak main. Dua opsyen yang harus ku pilih. Urut atau pergi ke hospital.  Member aku suggest aku pergi berurut. Masalahnya aku tak ada no telefon tukang urut kat Kampung Baru tu. Last-last, Izham bawa aku ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Dalam perjalanan, jalan berlubang-lubang dan banyak bonggol.  Kereta Izham bergoyang-goyang membuat aku rasa sakit teruk. Izham pandu dengan penuh berhati-hati.




Sampai di HKL, aku dan Izham menghala ke Wad Kecemasan & Trauma.  Setibanya di kaunter, Izham menceritakan apa yang berlaku pada aku kat petugas di situ.  Aku terus dibawa masuk ke Wad Separa Kritikal.  Mereka arah aku baring atas katil dan tunggu untuk rawatan lanjut.  Izham tunggu di luar. Menanti teman-teman yang lain.  Aku simpati dengan Izham.  Kalau boleh aku tak nak susahkan kawan-kawan.   Terima kasih kerana bawa aku ke sini.

Sedang aku baring di atas katil.  Aku ditanyakan beberapa soalan oleh para doktor.  Beliau suruh aku ceritakan apa yang terjadi.  Aku ceritakan pada beliau. Satu-persatu.  Doktor mengatakan aku mengalami Sport Injury.  Kemungkinan besar bahu aku tidak berada di tempat yang sepatutnya.  Walaubagaimanapun, aku perlu buat X-ray dan mereka akan check darah, tekanan darah dan degupan jantung. Entahlah. Banyak lagi yang diorang buat. Nak bagitau semuanya. Aku bukan reti sangat.

Aku tak selesa. Sakit. Perit. Rimas. Itu yang aku rasa.  Aku termenung seketika.  Minggu ni ada test. Ada assignment tak buat lagi.  Banyak aktiviti aku tak boleh buat lepas ni.  Futsal. Workout. Pushup. Jogging.  Dan segala aktiviti lasak.  Aku pejamkan mata seketika.  Pasrah.  Keadaan di wad ini sangat memberi stress kepada ku.  Selang tiga katil di sebelah kanan ku ada orang gila.  Entah apa yang dibuat sampai kena gari dan ramai polis dan polis bantuan HKL berkerumun di situ.  Pesakit depan katil aku, berbangsa India.  Menjerit-jerit. Sakit! Sakit!  Katil sebelah kanan ku, bangsa Cina. Boleh pulak kentut sambil tidur. Hampeh!  Aku tak selesa. Kejap baring, kejap duduk atas katil tu.  Keduanya buat aku tak selesa. Bahu aku terlalu sakit.

Tak lama lepas tu. Dua orang misi menyorong katil aku ke bilik X-ray.  Aku baring sambil menunggu giliran untuk 'photoshooting'. Tengah sakit pon sempat perasan. Pui! Tiba-tiba beberapa orang sedang menyorong troli jenazah. Berselisih dengan katil aku.  Adoi. Aku dah mula cuak.

Lepas X-ray, aku kembali ke wad separa kritikal tadi.  Budak-budak futsal datang melawat. Ramai. Mereka dah habis main futsal la ni.  Izham, Krol, Zedi, Adib, Solihin, Bad, Anep, Megat dan ramai lagi berdiri di tepi katil. Masing-masing bertanyakan keadaan aku waktu tu.  Diorang cakap, ramai lagi budak-budak tengah tunggu aku di luar.  Aku terharu.  Adoyai. Nak menitis air mata tapi aku tahan.  Tak macho la nangis. Pui!  Selang dua minit, doktor mengarahkan mereka keluar.  Hanya dua orang saja pelawat yang boleh melawat dalam satu masa.  Aku suruh diorang balik. "Tak payah tunggu aku. Segalanya akan okay." Itu yang aku katakan kepada mereka. Ucapan terima kasih kepada mereka yang datang melawat dan sanggup tunggu aku dari luar.  Budak-budak rumah aku pula datang melawat.  Azim dan Bob.  Diorang yang tolong jagakan segala barang keperluan aku yang aku bawa waktu main futsal tadi.

  
Dalam gambar ni. Korang tengok aku macam tak sedar diri.  Sebenarnya aku saja posing camni.  Bob cakap nak upload gambar dalam FB, jadi aku bagi pose maut untuk mereka yang melihatnya.  Bosan dalam wad.  Jadi aku buat gila sikit.

Lepas sembang-sembang dengan Azim dan Bob, mereka diarah keluar oleh doktor.  Doktor nak rawat aku. Nak tarik tangan aku. Aku dah mula cuak.  Mesti sakit teruk.  Aku tanya pada doktor, aku sakit apa?  Shoulder Dislocate kat bahu kanan aku. Bahu aku perlu rawatan segera. Makin lama, makin sakit.  Para misi menarik curtain di ruang katil aku agar segala rawatan yang bakal aku hadapi tidak dilihat oleh pesakit dan pelawat di wad tu.

Pada mulanya, aku tidak diberi bius. Tidak diberi ubat tidur.  Doktor mulakan rawatan.  Baru sekali tarik, aku dah jerit sekuat hati.  Tangan aku cuba melawan.  Padahal aku tak nak camtu. Aku nak cepat pulih.  Langkah yang terbaik, doktor akan beri aku ubat tidur. Aku akan tidur selama 10-15 minit.  Dalam masa tu, doktor akan tarik tangan aku. Dengan harapan tak ada komplikasi yang berlaku pada diriku.  Lepas aku diberi ubat tidur.  Oksigen disangkutkan di mulut dan hidung ku.  Aku bernafas. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Dah macam orang nak kena bedah.  Aku terdengar ada orang nak ambil alih tugas doktor tadi.  Doktor pelatih mungkin.  Dalam hati aku berkata.  Kalau tak elok bahu aku ni, aku pijak muka ko. Pandai-pandai nak ambil alih.  Aku tengah 'high'. Blur. Ngantok. Tertidur.  Zzzz.....

Aku tersedar.  Rasa selesa.  Tapi pelik.  Tangan aku siap beranduh.  Bila masa diorang tarik tangan aku.  Memang aku tak sedar langsung.  Doktor tak bagi aku tidur dah lepas tu.  Padahal aku ngantok lagi waktu tu.  Berapa kali aku pejamkan mata, doktor kejut. Adei.  Aku kena buat X-ray lagi sekali. Tak lama lepas tu.  Doktor cakap aku dah sihat. Dah boleh balik.

Aku dapat MC dan perlu buat appointment dengan Jabatan Ortopedik untuk jalani rawatan fisioterapi.  Aku dah boleh keluar wad.  Budak-budak rumah aku yang lain menunggu di luar.  Lagi sekali aku terharu. Terima kasih kawan-kawan.  Aku pergi ambil ubat. Ubat tahan sakit & paracetamol.  Tu je.  Lapar.  Aku ajak budak-budak ni makan kat Suraya.  Nak makan Nasi Khomok dengan Ayam berempah. Aum!

Kini bahu kanan masih ada rasa sakit.  Tapi gagahkan juga taip blog pakai dua-dua tangan.

p/s: Nak main futsal. Sepak bola. Jangan sepak jaring.